DEMI MASA...


WATERSHOP - PEKAN

WATERSHOP - NENASI

DELIVERY 5 GELEN.....

ESAY PAYMENT....

SPENT98

WATERSHOP - MERCHONG, NENASI

HARGA-HARGA TERKINI.

  • HARGA FIBER TERKINI
  • ___________________
  • RM 780 HARGA TERMASUK PEMASANGAN
  • ___________________
  • Tuesday, September 15, 2009

    Istimewanya Anda.....


    “Allah tidak menciptakan manusia pandai dan bodoh. Tetapi Allah menciptakan manusia berbeza kepandaian”


    “Tapi manusia rajin dan malas ada…,” hati berdetik membalas.

    Kalau manusia bodoh dan pandai, Tuhan ternyata tidak adil. Tetapi yang ada ialah manusia yang malas dan rajin. Yang nyatanya malas dan rajin itu boleh diubah dan diusahakan oleh tuan punya badan.

    Tidak akan berubah nasib mereka itu melainkan mereka ‘merajinkan’ diri mengusahakannya pula.

    Pakar Psikologi kebelakangan ini setuju bahawa tidak ada orang yang boleh dipanggil genius secara total.

    Genius pada bidang Muzik tidak boleh dibandingkan dengan genius pada bidang Matematik.

    Genius pada bidang Matematik tidak boleh secara total digelar genius, dan yang selainnya secara langsung digelar tidak genius.

    Perbandingan yang ‘zalim’.

    Zarina pandai memasak. Zulaikha tidak pandai memasak.

    Tidak. Bukan begitu.

    Zarina pandai memasak. Zulaikha pandai menjahit!

    POTENSI DIRI

    Setiap insan itu sudah diciptakan dengan kebolehan yang berbeza-beza. Semua itu ketetapan yang Esa. Tidak hairan timbul rasa iri antara sesama, lantaran kurniaan Yang Maha Kuasa itu.

    Iri hati itu tidak ada gunanya, yang paling berfaedah adalah mencari potensi diri untuk ditundukkan ke jalan Tuhan.

    Melihat kelebihan insan lain jangan menjadikan anda ‘buta’ dengan kurniaan Allah kepada anda. Rupa-rupanya selama ini anda lalai memuncungkan bibir pada potensi orang lain, hinggakan anda terlepas pandang pada ‘emas’ di genggaman anda.

    Kenali potensi diri, pilih lapangan dan ikhlaslah berbakti. Di situlah jelas nyata keadilan Yang Esa, pada ikhlas atau tidak hambaNya atas tiap nikmat yang dikurnia. Bukannya pada kecil besar atau sedikit banyaknya usaha.

    Jangan kecewa dan berputus asa pada kekurangan diri, itulah rahmat Ilahi yang mesti diperhati. Bahawa kita penuh dengan kecacatan. Kecacatan yang membahagiakan. Kecacatan yang mengingatkan kita bahawa kita sekadar hamba. Kecacatan yang menjadi cermin bahawa hanya Allah sahaja yang sempurna.

    Kesempurnaan itu milik Allah semata. Janganlah berteman kalau ingin mencari yang sempurna.


    Apabila kita ingin berteman,

    Janganlah kerana kelebihannya,

    Kerana mungkin dengan satu kelemahan,

    Kita mungkin akan menjauhinya.... Andai kita ingin berteman,

    Janganlah kerana kebaikannya,

    Kerana mungkin dengan satu keburukan,

    Kita akan membencinya.... Andai kita inginkan sahabat yang satu,

    Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu,

    Kita mungkin akan memfitnahnya.... Andai kita inginkan seorang teman,

    Janganlah kerana sifat cerianya,

    Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,

    Kita mungkin akan menyalahkannya.... Andai kita ingin bersahabat,

    Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat,

    Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna,

    Kerana kita juga tidak sempurna........


    Maha Suci Allah Tuhan kami yang sempurna. Yang Mengampunkan kami andai terlupa. Yang menerima kami kembali padahal kami penuh cacat cela. Yang Mengasihani kami padahal kami sering berbuat dosa.

    Terimalah diri anda seadanya.

    Yakinlah bahawa anda istimewa dengan kecacatan anda itu, yang mengingatkan anda betapa sempurnanya pula pencipta.

    Maha Suci Allah…

    0 comments:

    Post a Comment

    ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI.....

    Blog Widget by LinkWithin
     

    Followers