DEMI MASA...

WATERSHOP - PEKAN

WATERSHOP - NENASI

DELIVERY 5 GELEN.....

ESAY PAYMENT....

SPENT98

WATERSHOP - MERCHONG, NENASI

HARGA-HARGA TERKINI.

  • HARGA FIBER TERKINI
  • ___________________
  • RM 780 HARGA TERMASUK PEMASANGAN
  • ___________________
  • Tuesday, June 30, 2009

    JOM SOLAT ........


    Orang Yang Tidak Melakukan Solat:~

    Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang
    bersinar..

    Dzuhur : Tidak diberikan berkat dalam
    rezekinya. .

    Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan..

    Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-
    anaknya .

    Isya' : Dijauhkan kedamaian dalam
    tidurnya..

    Sekarang anda mempunyai 2 pilihan: ~

    1) Biarkan dalam blog saya.

    2) Forward ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya- Allah , ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda forward.

    (Forwardkan Untuk Rakan - Rakan Muslim Anda Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya)

    Read More...

    Friday, June 26, 2009

    ......FELDA DAN KECEMERLANGANNYA.....



    Felda atau Lembaga Tanah Kemajuan Persekutuan sinonim dengan tanah rancangan dan peneroka. Antara tanaman utama yang diusahakan ialah kelapa sawit dan getah.

    Setelah hampir 50 tahun penubuhannya, Felda hari ini mengukir satu lagi pencapaian dengan menceburi bidang perniagaan produk berasaskan herba memandangkan potensinya yang lumayan.

    Untuk menerajui perniagaan herba itu, Felda Herbal Corporation Sdn Bhd (FHC) ditubuhkan pada 29 April 2004.



    Produk berasaskan herba kian meningkat permintaannya bukan sahaja untuk industri kecantikan malah keperluan kesihatan.

    Pasaran dunia untuk produk berasaskan herba dijangka mencecah RM760 bilion setahun menjelang 2008, meningkat lebih tiga kali ganda berbanding nilai 2003.

    Industri herba Malaysia pula dilaporkan mencatat jualan tahunan sebanyak lebih RM4.5 bilion dan dijangka berganda menjelang 2010.

    "Industri herba merupakan salah satu agenda baru untuk Felda dalam organisasi itu memasuki tempoh 50 tahun kedua," jelas Ketua Pegawai Eksekutif FHC, Hairuddin Md Bakri ketika diwawancara di pejabatnya di sini baru-baru ini.

    Beliau yang memiliki ijazah pertanian dan ijazah pentadbiran perniagaan dari Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) menyertai Felda pada 1973 dan terbabit dalam operasi pertanian dan perladangan sebelum diberi kepercayaan memimpin FHC.

    "Kita berharap apa yang dilakukan ini akan menjadi satu pakej yang baik untuk peneroka dan rakyat Malaysia keseluruhannya serta menjadikan herba sebagai satu penyumbang pendapatan negara," kata Hairuddin.

    INDUSTRI HERBA TEMPATAN

    Herba bukanlah sesuatu yang baru dalam kehidupan harian kerana memakan herba atau ulam sudah diamalkan sejak zaman nenek moyang kita lagi.




    Tradisi turun-temurun ini terus diamalkan cuma hari ini kita sudah ada penjelasan sains di sebalik herba ini. Pati herba yang antaranya dijual dalam bentuk kapsul turut disertakan khasiat dan cara memakannya.

    Menurut Hairuddin, herba lebih merupakan makanan tambahan kesihatan.

    "Ianya lebih untuk pencegahan bukan rawatan. Sudut rawatan ini mungkin memerlukan lebih banyak penyelidikan dan pembangunan (R&D)," katanya.

    Tongkat Ali, Kacip Fatimah, pegaga, peria dan misai kucing adalah antara herba tempatan yang kini semakin mendapat perhatian.

    Sebenarnya, Malaysia mempunyai ribuan herba yang masih belum diterokai potensinya. Hutan hujan Endau-Rompin umpamanya yang dikatakan tertua di dunia sudah pasti menyimpan khazanah herba yang tidak ternilai.

    Hairuddin menjelaskan terdapat kira-kira 2,000 spesies herba di Malaysia dan yang dikomersilkan cuma kira-kira satu peratus sahaja.

    Industri herba tempatan juga, pada pendapatnya ketinggalan kira-kira 20 tahun berbanding negara-negara seperti India, Korea Selatan dan China.

    "Negara-negara tersebut sudah maju begitu jauh. Korea Selatan umpamanya mempunyai 100 tahun pengalaman dalam penggunaan herba. Mereka tak perlu banyak herba untuk dimajukan. Mungkin satu atau dua dimajukan seperti Ginseng Merah Korea," kata Hairuddin.

    Beliau bagaimanapun yakin Malaysia boleh maju dalam industri herba sekiranya usaha-usaha R&D yang dijalankan pelbagai pihak bukan sahaja dilipatgandakan malah diselaraskan.

    PRODUK BIOFELD

    FHC ditubuhkan untuk menerajui bidang perniagaan herba termasuk R&D herba, penanaman herba, pembangunan bioteknologi dan pemasaran.

    Syarikat ini, menurut Hairuddin mula beroperasi secara aktif sejak April 2005.

    "Cara yang paling baik ialah mempunyai ladang herba dan kilang sendiri. Apa yang kita lakukan sekarang terbalik. Kita bermula dengan pemasaran dulu, kita mahu lihat potensi dan citarasa pembeli sebab kita hendak mengejar masa. Pengeluaran produk kita buat dahulu secara pengilangan kontrak.

    "Buat masa ini kita ada tiga pengilang kontrak bumiputera. Kita berhati-hati dalam memilih pengilang kontrak ini untuk menjaga kualiti produk kita. Formulasi produk, kita yang beri, " jelas Hairuddin.

    Meskipun usianya baru setahun jagung, FHC kini mempunyai 19 produk berasaskan herba yang diusahakan secara pengilangan kontrak dan dipasarkan di bawah jenama Biofeld.

    Antara produk tersebut ialah set penjagaan selepas bersalin, set rawatan rambut herba, minuman tenaga dan teh herba seperti teh limau purut dan teh Misai Kucing selain pati pegaga, peria dan hempedu bumi yang dijual dalam bentuk kapsul.

    Pasaran produk berasaskan herba sememangnya sengit. Untuk itu, kata Hairuddin, FHC bersandarkan kepada kekuatan kualiti untuk menarik perhatian pembeli.

    Menurutnya, produk-produk Biofeld hanya dipasarkan selepas mendapat kelulusan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan dan juga menepati keperluan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

    "Produk Tongkat Ali yang kita usahakan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai umpamanya mengambil masa setahun sebelum kita mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan lepas itu baru kita pasarkan," jelasnya.

    Tambah beliau, produk Tongkat Ali itu juga sudah dipaten dan mendapat kelulusan untuk dieksport dan pihaknya kini dalam proses rundingan untuk mengeksportnya ke Korea Selatan, China dan beberapa buah negara Pertubuhan Persidangan Negara (OIC).

    PELUANG MENJADI USAHAWAN

    Produk-produk Biofeld ini dijual menerusi kaedah jualan langsung berbilang tingkat atau Multi Level Marketing (MLM).

    Menurut Hairuddin, FHC merupakan satu-satunya Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang terbabit dalam industri herba yang mengamalkan kaedah MLM ini.

    "Produk yang dikeluarkan dan dijual menerusi MLM mesti bermutu tinggi dan telah menjalani penyelidikan yang menyeluruh," jelas beliau.

    Tambahnya, penjualan secara MLM juga membuka peluang kepada peneroka dan anak-anak peneroka Felda menjadi usahawan.

    "Peneroka yang menjadi stokis kita ada yang memperolehi sehingga RM4,000 sebulan tetapi kena rajin," kata Hairuddin.

    Buat masa ini FHC mempunyai 100 stokis dan mensasarkan jumlah 300 stokis menjelang tahun 2009.

    Terdapat beberapa peringkat stokis iaitu negeri, daerah, koperasi peneroka dan stokis bergerak, masing-masing mengikut nilai stok permulaan yang dibeli.

    Nilai jualan produk Biofeld pada penghujung 2005 pula dijangka sekitar RM4 juta.

    Menurut Hairuddin, orang luar juga boleh menjadi stokis produk Biofeld.

    R&D

    Menurut Hairuddin, usaha-usaha R&D di Malaysia yang mengarah kepada komersil masih kurang.

    "Pemprosesan herba ada beberapa peringkat dan di Malaysia proses untuk mendapatkan ekstrak piawai masih kurang. Produk fitoperubatan (farmaseutikal) atau yang diuji secara klinikal, kurang langsung.

    "Kita juga ada universiti yang membuat R&D tetapi ada hasilnya tak diambil untuk dikomersilkan. Kita juga mempunyai masalah untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa," demikian pendapat Hairuddin.

    Beliau memberitahu, kegiatan utama R&D yang berikutnya akan dibuat secara besar-besaran dengan pusat pengajian tinggi dan pusat-pusat penyelidikan yang lain.

    Jelasnya, Felda Agricultural Services yang menguruskan keperluan R&D Felda akan bekerjasama erat dengan pihak-pihak tersebut.

    "Pengurusan Felda ada memberi dana kepada sebuah pusat pengajian tinggi untuk tujuan penyelidikan termasuk untuk penyelidikan herba.

    "Kami mahu fokus kepada ekstrak piawai iaitu satu tahap di bawah kategori fitoperubatan. Herba utama kita masih Tongkat Ali. Yang lainnya seperti pegaga (membantu peredaran darah dan anti-oksidan) dan hempedu bumi (berkesan untuk batuk-batuk)," kata Hairuddin.

    (Proses pemiawaian ialah proses dalam penghasilan ekstrak herba di mana potensi kandungan bahan aktif dalam produk dijamin pada tahap yang berterusan).

    Tambahnya, sebuah pusat pengajian tinggi sedang membuat kajian sama ada pati Tongkat Ali boleh dihasilkan untuk tujuan komersil selepas tempoh tiga atau empat tahun pokok itu ditanam berbanding lima hingga enam tahun sekarang.

    LADANG DAN KILANG HERBA

    Felda sudah mengambil langkah untuk menanam herbanya sendiri. Buat masa ini kira-kira 80 hektar tanah sudah ditanam dengan Tongkat Ali memandangkan potensi pasarannya yang besar.

    "Kita hanya menanam herba yang mempunyai potensi tinggi sahaja," kata Hairuddin.

    Selain Tongkat Ali, pegaga dan kunyit juga ditanam tetapi jumlahnya masih terhad.

    Beliau juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan bahawa Tongkat Ali sebenarnya bukan hanya untuk libido lelaki malah berdasarkan R&D, ia bagus untuk peredaran darah.

    Hairuddin berkata, pihaknya berharap dapat memperluaskan tanaman herba di kawasan peneroka untuk memberi mereka peluang menambah pendapatan.

    "Menjelang 2006, kita merancang untuk membina kilang kita sendiri supaya kita dapat mengawal keseluruhan pengeluaran. Kita mungkin dapat menghasilkan 30-50 peratus keperluan herba pada tempoh yang sama.

    "Kita mahu menjadi salah sebuah syarikat yang disegani dalam industri herba ini, bukan sahaja ada ladang herba komersil dan kilang sendiri malah kukuh R&D dan pemasaran," tambahnya.

    Bagaimanapun, beliau berkata lokasi kilang ini masih belum dapat diputuskan tetapi lokasinya perlu strategik dan boleh dimajukan sebagai bandar herba.

    Beliau berkata, pihaknya juga akan membuat usahasama dengan sebuah syarikat India bagi menghasilkan produk baru daripada pokok Ati-Ati India.

    Berbanding pokok ati-ati Malaysia, menurutnya, pokok ati-ati India yang nama saintifiknya Coleus Forskholli mempunyai ubi yang mengandungi bahan aktif "forskhollin" dan boleh digunakan untuk menangani masalah pengurusan berat badan.

    "Produk ini sudah mendapat kelulusan Food and Drugs Administration (FDA) Amerika dan secara kebetulan syarikat India ini mencari rakan kongsi di Malaysia. Felda ada kekuatan iaitu tanah. Keluasan tanah yang kita ada kira-kira 0.8 juta hektar. Pokok Ati-Ati India ini memerlukan tanah yang gembur untuk mudah tumbuh dan mencabut ubinya. Kita pun sudah cuba tanam pokok ini, nampak tumbuh elok," jelas Hairuddin.

    NASIHAT UNTUK PENGGUNA

    Sebagai nasihat untuk pengguna, Hairuddin berkata herba bukan ubat tetapi lebih merupakan makanan tambahan kesihatan.

    Beliau juga percaya produk-produk herba ini akhirnya dapat menggantikan semua jenis ubat moden yang kebanyakannya banyak mengandungi bahan kimia.

    "Sebagai manusia, hari-hari kita makan dan dalam dunia sekarang, ada macam-macam bahan pengawet dan pewarna dalam makanan yang boleh mendatangkan keracunan. Untuk itu kita perlu menjaga kesihatan, bersenam, menjalani pemeriksaan doktor dan mengambil makanan yang seimbang.

    "Kita juga elok mengambil langkah mencegah daripada penyakit datang dan perlu diubati. Produk berasaskan herba yang disahkan Kementerian Kesihatan dapat membantu mengukuhkan ciri-ciri pencegahan daripada penyakit dan menguatkan sistem imunisasi badan," jelasnya.

    Beliau juga berpendapat lebih elok menggunakan produk herba tempatan yang diketahui sendiri ciri-cirinya.

    "Produk tempatan tidak kurang hebatnya, malahan mungkin lebih hebat daripada produk negara luar," tambahnya. Read More...

    Sunday, June 14, 2009

    RAHSIA DISEBALIK DEMAM....

    RAHSIA DI SEBALIK DEMAM
    Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

    Hakikat Demam.

    Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

    “Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

    Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

    “Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Muslim)

    Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.

    Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka.
    Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.

    Adapun maksud “mendinginkannya dengan air” itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.

    Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.

    Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?
    Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.
    Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :

    Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.

    Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.

    Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.

    Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon kepada Allah agar mengasihaninya. Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran :Tafsirnya :

    “Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”. (Surah Al-Anbiya¡|: 83)

    Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Baginda menyebut “aku disentuh” dan tidak menyebut perkataan “aku ditimpa”. Di sini menggambarkan bahawa celaka itu sendiri yang datang menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga “atas kehendakMu”, kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah Subhanahu Wa Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus juga iaitu: “Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani”.

    Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata kedua disebutkannya sifat Allah yang lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.
    Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.

    Mencaci-maki Demam.

    Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :

    Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:

    “Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?
    Dia menjawab: “Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya”.
    Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi”.
    (Hadith Riwayat Muslim)

    Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.

    Demam Penebus Dosa.

    Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.

    Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.

    Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan. Read More...

    Monday, June 8, 2009

    INGAT SENANG JADI WANITA.......

    Ingat senang ke jadi perempuan?
    (Nasihat kepada Bapuk dan pondan yang bercita cita ingin mengubah jantina...)

    Dalam hidup ini, ada banyak benda yang tuhan dah larang, tapi manusia-manusia degil tetap nak buat gak, apa kes entah?, bodoh ke apa? sedang disebalik larangan Tuhan itu ada macam-macam hikmah, baik dari segi sains atau moral, tapi manusia tetap nak buat gak, sama ada tak takut pada tuhan atau tak percaya pada tuhan? Entahlah?

    Apapun yang korang nak percaya, hakikatnya, semua orang akan jadi mayat, kalau anda pondan, anda akan jadi mayat pondan..Kalau anda bapuk, anda akan jadi mayat bapuk, dan anda tak mampu mengubahnya!

    Tidakah korang sedar? bahawa di setiap larangan tuhan itu, Allah masih bagi alternative kepada setiap larangan agar korang dapat berfikir dan buat keputusan yang paling tepat dalam umur yang singkat demi mencapai kebahagiaan pada hari mejelang jadi mayat sebelum dimamah Ulat, sedarkah?…

    Allah larang makan babi tapi Allah tak larang makan ayam, ketam, itik, kuda, dan berjuta makanan lain..

    Allah larang berzina tapi Allah tak larang nak kahwin satu dua tiga, satu lagi, dua, tiga bla bla bla..

    Allah larang main lubang belakang, tapi Allah tak larang main lubang depan, celah peha, celah ketiak, celah buah deda, celah mulut bla bla bla..

    Allah larang minum arak tapi Allah tak larang minum air tebu, teh tarik, kopi janda, tongkat ali, kacip fatimah, bla bla bla..

    Allah larang bunuh orang tapi dalam perang boleh bunuh orang…

    Allah larang cemburu tapi boleh cemburu pada orang kaya yang bersedekah, boleh cemburu pada orang yang berjuang jalan Allah..

    Pendek kata, dalam setiap larangan ada alternative, tapi korang tu lah tu, bodoh sangat, nak jugak makan babi, nak jugak berzina, nak jugak main belakang, nak jugak mabuk, nak jugak itu ini begitu begii..

    Sampai satu tahap, nak ubah kemaluan, nak ubah jantina… lalu salahkan tuhan (bagi yang percaya) akan kenapa tuhan jadikan aku lelaki sedang naluri aku perempuan…

    Atau salahkan mak bapak yang pakaikan baju perempuam lalu aku berubah menjadi perempuan konon.. bodoh ke apa?

    Baik, korang nak sangat jadi orang perempuan, dan sebelum korang ambik keputusan nak ubah jantina, biar aku nasihat sikit betapa susahnya nak jadi orang perempuan..

    Ingat senang ke jadi perempuan?

    1) Perempuan ada Haid.

    Ingat best ke dalam hidup ni bila setiap bulan ada haid? Pernah sakit senggugut? Sakit tau!, kepala jadi pening dan jiwa jadi emosi tak tentu pasal..,

    Korang tahu apa itu haid?

    Darah yang keluar sebab korang tak mengandung.., paling lama 15 hari dan paling sikirt sehari semalam, .. kena pulak beli tuala wanita, ingat bestke pakai tuala wanita? Mahal tu, kalau sehari kena pakai 3 kali dan kena pulak 15 hari, dan andai kata satu keping seringgit , sebelum manopous cuba kira berapa ringgit? kos tu..

    Lepas tu pulak, haid ni ada 7warna:- hitam, merah, koko@coklat, kelabu, kuning, perang,dan color tanah, lepas tu jika ada ala-ala jeli yang berwarna perang atau kekuning kuningan, pun masih lagi haid..

    Dan bila dah datang haid, bagi pondan yang bertakwa, dah tentu tak best sebab tak boleh solat, dan tak boleh baca Al quran, tak best kan?

    Jadi kepada bekas bapuk dan pondan yang nak solat, tapi takut haid masih ada dan was-was takut solat tak sah, boleh chek guna kapas, tengok warna haid tu, jika warna macam yang aku sebut di atas, dalam tenpoh 15 hari, semua di kira haid, tapi jika check dengan kapas dan jumpa cecair yang warna putih, atau keputih-putihan, itu dikira keputihan dan bolehlah mandi wajib dan solat macam biasa..

    Tapi kadang kadang perempuan ni hormon tak sama, bapuk atau pondan yang ‘jadi’ perempuan lagilah pelik punya hormone, maka, jadilah haid yang macam-macam punya cerita, ada dah habis haid tapi lepas tu ada balik, jadi dalam julat 15 hari check, jika takde, kena check sebelum solat, rasa dah takde, lalu solat, tapi lepas solat ada pulak, maka kena tunggu waktu solat berikutnya dan check pulak waktu sebelum solat, dan ulang sampai betul betul dah habis, faham?

    Akupun tak faham, tengok? Ingat senang ke jadi perempuan?

    Lepas tu pulak, dah mandi wajib dan nak solat, ada pulak masalah lain bagi bapuk yang bertakwa, iaitu, jika korang mandi waktu asar sebab suci waktu tu, korang wajib solat asar dan qadha zohor, kalau korang suci dan mandi waktu isyak, korang wajib solat isyak dan kena qada solat maghrib..., atau nak lagi faham, korang kena qadha solat yang boleh dijama’kan, jadi subuh tak payahlah nak qadha jika suci waktu zohor.. atau jika korang mandi waktu maghrib, asar tak payahlah qadar, Cuma jika korang suci waktu asar tapi terbabas mandi waktu margrib, kenalah qada solat asar dan zohor.., faham?

    Akupun tak faham, tengok? Ingat senang ke jadi perempuan?

    Habis bab haid! Nak faham, gi tanya ustazah…

    2) Aurat perempuan susah nak jaga..

    Kepada bapuk dan pondan sekalian, korang dulu lelaki, maka aurat setakat pusat dan lutut, dulu jika korang pakai baju nampak rambut yang kerinting dan kusut, atau nampak tumit dan bulu betis serta parut kudis, tak salah dan tak berdosa, Cuma berdosa bab memakai pakaian seperti perempuan, lalu korang tukar jantina sebab tak nak berdosa memakai pakaian permpuan, sekali dah jadi perempuan, kenalah bertudung cik adik oi..

    Korang hanya boleh tunjuk muka dan tapak tangan, itupun jika ada hal mustahab.. pakai purdah lagi bagus, nak aku cerita pasal azab api nereka yang menyiksa perempuan yang bukak aurat?

    Sakit senggugut sikit dah menangis, tak payalah nak berlagak? Lu pikirlah sendiri!

    3) Baju perempuan cerewat..

    Orang lelaki pakai baju sama 5 hari takde orang nak kutuk, tapi jika perempuan, jika setiap hari isnin pakai baju sama (walhal setiap hari dah tukar) pun kena kutuk..

    Apatah lagi jika baju tak gosok, busuk dan kotor, kena kutuklah dengan makcik makcik munafik kat pejabat..

    Lepas tu pulak baju perempuan ni tak macam lelaki, iaitu semua zip dan semua butang baju lelaki ada kat depan, senang nak bukak.., tapi baju perempuan, ada yang butang belakang, ada zip kat peha, ada kancing kat lutut, ada sanggul kat kepala, ada reben kat perut, ada tali kasut kat punggung.., ish,, lecehlah mak nyah!!

    4) Perempuan tak boleh tangguh kerja..

    Lelaki jika kerja tak siap, boleh sambung esok, tak siap repair kereta, campak spanner bawah kereta dan sambung esok pulak, habis cerita, minggu depan pun boleh, tapi perempuan jika tangguh basuh baju, atau tangguh jemur baju, atau tangguh sidai baju, atau tangguh lipat baju dan tangguh gosok baju, alamak jahanamlah dunia.., busuk!!!

    Itu belum cerita tangguh basuh peruk, kuali, cawan, piring, mangkuk dan pinggan, atau tanggung kemas rumah, atau tangguh mandi,. lagi BUSUK!!!

    5) Wanita nak buat apa-apa kena izin ..

    Dulu, sebelum korang tikar jantina, kuasa izin ada pada kau wahai bapuk dan pondan sekalian, sekarang nak keluar rumah tanam pokokpun nak kena mintak izin, kan payah tu

    Dah ler tu, jika korang nak puasa sunat atau solat sunat pun kena mintak izin suami, kan payah tu?

    6) Saksi lelaki lebih afdal dari wanita..

    Malas nak tulis, rujuk mahkamah..

    7) Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

    Juga malas nak tulis, rujuk AmanahRaya..

    8) Talak bukan di tangan isteri.

    Ni satu kerugian yang besar bagi pondan dan bapuk sekalian, tapi baguslah jika perempuan takde kuasa talak, kalau tak hari hari suami kena cerai..

    Contoh perbualan telefon yang aku rakam secara sembunyu di alam maya:-

    “hello, abang kat mana ni? Apa? Abang sedang lepak minum teh tarik dengan kawan kawan abang sambil tengok gusti? Abang ingat saya kat rumah ni tunggul ke? Saya cerai abang dengan talak 3!”

    “hello, abang dah beli susu anak ke belum? Anak dah nangis ni, Apa? Abang singgah main futsal? Saya cerai abang dengan talak 8!”

    “kenapa abang tak balik rumah lagi, hari hari overtime, balik cepat, kalau tak saya ceraikan abang!”

    “hello bang, malam ni ada AF7, abang jangan nak ngada-ngada nak tengok bola, kalau abang nak tengok bola gak, saya cerai abang dengan talak 7!”

    Macam-macam hal!

    9) Wanita wajib taat kepada suaminya.

    Perempuan ajak suami bersetubuh, suami boleh tolak anytime, tapi lelaki bila ajak isteri berstubuh, atas peti aispun kena layan..

    Layan…. Zasss..

    10) Perempuan susah nak inzal..

    Pandai pandailah korang cari titik inzal jika nak hidup bahagia…

    11) Perempuan kena beranak..

    Ok, Ini sakit, serius!.., kemaluan perempuan yang masuk zakarpun sakit, inikan pulak nak keluar kepala budak, sakit..sakit…

    Dah lah sebelum tu kena mengandung 9 bulan, bawak perut ke sana ke mari, lepas tu beranak pulak separuh nyawa…

    Tapi yang pelik tu, perempuan ni, Allah buat dia ‘lupa’, tak macam lelaki, yang tak boleh lupa sakit berkhatan misalnya..,

    Cerita dia camni, ada sorang perempuan tu beranak, punyalah sakit lalu marah kat suami dia, dan secara bergurau suruh suami dia potong zakar, sebab zakar tulah punca dia sakit beranak, maka suami nipun jenis lurus bendul, sebab dah sayang bini dan kasihan pulak tengok bini sakit separuh mati, maka dipotongnya zakar tanpa pengatahuan si isteri tu tadi..

    Bila anak dah besar sikit, perempuan ni rasa nak bersetubuh, suami dia memamg mengelaklah, sambil bagi macam-amacam alasan.., tapi isteri dia nak jugak, lalu suami dia ingatkan pada isteri dia akan keluhan yang awak cakap sangat sakit waktu beranak dulu, perempuan tu kata, tak sakitlah beranak, rasa macam berak jer..,

    Tengok!,perempuan dah ‘lupa’ pada sakit beranak.., lalu suaminya pun berterus terang, zakar dah takde, abang dah potong, takut awak sakit beranak lagi, yang ada ‘tunggul’ sahaja..

    Isteri dia cakap, “tunggulpun tunggullah bang..”

    Orang perempuan teruk kan? Ingat senang ke jadi perempuan?

    Penutup..

    Aku bukan nak burukkan orang perempuan, aku Cuma nak bagitahu kepada pondan dan bapuk sekalian, tak perlulah korang tukar jantina, sebab BERDOSA DAN BOLEH MASUK NERAKA KERANA TIDAK BERSYUKUR… habis sampai situ..

    Ingat! Semua orang akan jadi mayat, kalau anda pondan, anda akan jadi mayat pondan..Kalau anda bapuk, anda akan jadi mayat bapuk, kalau adan tukar jantina, anda akan jadi mayat yang tukar jantina.., Anda tak mampu mengubahnya!

    Tapi, jika anda bertaubat, anda akan jadi mayat yang diredhai Allah..amin..

    (bertaubat kepada bapuk dan pondan bukannya diukur dengan memakai tudung, harap maklum)

    Maka, sesungguhnya, nasihat di atas bukanlah untuk pondan dan bapuk sebenarnya, tapi adalah untuk korang wahai orang lelaki sekalian supaya lebih sayangkan orang perempuan di sepanjang ranjau kehidupan iaitu isteri, ibu dan nenek serta moyang juga saudara perempuan yang lain…

    Ketahuilah, lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih dari taat kepada bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

    Ketahuilah, walaupun lelaki menerima pusaka lebih berbanding wanita, tapi lelaki wajib menggunakan hartanya untuk menyara isteri seorang wanita…

    Ketahuilah, setiap kali wanita beranak.., setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan anak di kira mati syahid dan dosanya diampun ALLAH sehingga ia seperti bayi yang baru dilahirkan…

    Ketahuilah, Di akhirat kelak, seorang lelaki belum tentu masuk shurga sekiranya gagal menunaikan tanggungjawabnya terhadap 4 wanita iaitu: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

    Ketahuilah, isteri yang solehah, akan masuk shurga 500 tahun lebih awal dari suami, sedang suami masih berada di bawah arasy..

    Ketahuilah, Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 2 syarat sahaja: Suami redha dan Allah redha..

    Ketahuilah, lelaki dalam shurga, akan datang beramai-ramai pergi ziarah Allah yang merupakan kemuncak nikmat, tapi wanita, Allah sendiri yang akan datang menziarahinya..

    Ketahuilah, Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. SubhanAllah... sayangnya ALLAH pada wanita ....

    SEKIAN..

    Ps: Tak lah susah sangat jadi orang perempuan sebenarnya, kan?
    Posted by Hamka (keretamayat@gmail.com) Read More...

    ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI.....

    Blog Widget by LinkWithin
     
    There was an error in this gadget

    Followers