DEMI MASA...


WATERSHOP - PEKAN

WATERSHOP - NENASI

DELIVERY 5 GELEN.....

ESAY PAYMENT....

SPENT98

WATERSHOP - MERCHONG, NENASI

HARGA-HARGA TERKINI.

  • HARGA FIBER TERKINI
  • ___________________
  • RM 780 HARGA TERMASUK PEMASANGAN
  • ___________________
  • Tuesday, September 29, 2009

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


    Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw. Apakah (Amalan) islam
    yang terbaik ?

    " Engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau
    kenali dan kepada orang yang engkau tidak kenali "

    ( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

    Sempena hari raya ini, saya melihat ramai di antara kita yang bergembira. Apakah kita dilarang untuk bergembira. Tidak.. bahkan, jika betul caranya, gembira kita akan menjadi ibadah.

    Islam tidak pernah melarang umatnya berhibur, bersolek, mencari harta, bergaul, belajar, berbelanja dan sebagainya. Tetapi apa yang Islam ajar adalah supaya kita melaksanakan semua itu mengikut lunas-lunas agama Islam. Apa juga yang umat Islam buat ada panduan yang perlu diikut. Ini supaya kehidupan kita lebih selamat dan lebih teratur serta dapat membezakan di antara kehidupan orang Islam dan orang kafir. Dan yang paling penting ialah agar kita mendapat keredhaan Allah.

    Islam meraikan perasaan gambira yang ada pada manusia. Manusia boleh gembira. Cuma cara kita gembira perlu kita selaraskan mengikut apa yang telah Islam ajarkan.

    Islam bukannya "no, no, religion". Ia merupakan tunjuk ajar untuk kita lebih bahagia. Ini kerana tidak semua kebahagiaan dapat kita kecapi dengan cara yang difikirkan akal.

    Berapa ramai orang yang mencari bahagia dengan akal akhirnya menjadi gila dan hilang kebahagiaan. Ada yang membunuh diri, ada yang hilang ketenangan. Kita boleh melihat, berapa ramai penghibur yang tidak terhibur jiwanya. Dia menghiburkan orang lain, diri sendiri pun tidak terhibur.

    Oleh yang demikian, tidak rugi kita mengikut agama. Kadang kala ajarannya seolah-oleh berat untuk diamalkan tetapi setelah diamal terasa hikmahnya.

    Sempen hari raya ini, "betulkanlah yang biasa dan biasakanlah yang betul"...

    Read More...

    Thursday, September 24, 2009

    JANGAN MENGELUH....


    Apabila kita kehilangan sesuatu, sesungguhnya masih banyak lagi yang ada pada kita. Jika kita sedihkan sesuatu, masih banyak lagi perkara yang boleh kita gembirakan. Jika kita dihimpit sesuatu, masih banyak lagi ruang yang boleh kita gunakan. Cuma apabila kita menumpukan kepada kekurangan, kita akan nampak kekurangan itu besar.

    Jika kita melihat jerawat pada muka kita, dan kita merasakan bahawa jerawat itu menyebabkan muka kita hodoh, nanti kita tidak akan melihat anggota wajah yang lain seolah-olah muka kita adalah jerawat. Kita lupa kita ada mata, kita ada hidung, kita ada telinga, rambut dan lain-lain.

    Jika kita dihimpit hutang, dan merasakan hutang itu penghujung hidup kita, maka kita tidak akan dikurniakan jalan untuk keluar dari hutang itu kerana kita menumpukan semata-mata pada masalah dan tidak berfikir untuk mencari jalan keluar. Oleh yang demikian jangan bazirkan masa untuk berfikir yang telah lalu, bersangka yang baik dan cari jalan yang baik dan kita akan mendapat jalan keluar.

    Dari Abu Hurairah dari Rasullulalah S.A.W bahawa Allah Azza Wa Jalla telah berfirman, aku berserta sangkaan hambaku denganku, jika dia bersangka baik maka dia mendapatnya, jika dia bersangka buru maka dia akan mendapatnya

    Read More...

    Tuesday, September 15, 2009

    Istimewanya Anda.....


    “Allah tidak menciptakan manusia pandai dan bodoh. Tetapi Allah menciptakan manusia berbeza kepandaian”


    “Tapi manusia rajin dan malas ada…,” hati berdetik membalas.

    Kalau manusia bodoh dan pandai, Tuhan ternyata tidak adil. Tetapi yang ada ialah manusia yang malas dan rajin. Yang nyatanya malas dan rajin itu boleh diubah dan diusahakan oleh tuan punya badan.

    Tidak akan berubah nasib mereka itu melainkan mereka ‘merajinkan’ diri mengusahakannya pula.

    Pakar Psikologi kebelakangan ini setuju bahawa tidak ada orang yang boleh dipanggil genius secara total.

    Genius pada bidang Muzik tidak boleh dibandingkan dengan genius pada bidang Matematik.

    Genius pada bidang Matematik tidak boleh secara total digelar genius, dan yang selainnya secara langsung digelar tidak genius.

    Perbandingan yang ‘zalim’.

    Zarina pandai memasak. Zulaikha tidak pandai memasak.

    Tidak. Bukan begitu.

    Zarina pandai memasak. Zulaikha pandai menjahit!

    POTENSI DIRI

    Setiap insan itu sudah diciptakan dengan kebolehan yang berbeza-beza. Semua itu ketetapan yang Esa. Tidak hairan timbul rasa iri antara sesama, lantaran kurniaan Yang Maha Kuasa itu.

    Iri hati itu tidak ada gunanya, yang paling berfaedah adalah mencari potensi diri untuk ditundukkan ke jalan Tuhan.

    Melihat kelebihan insan lain jangan menjadikan anda ‘buta’ dengan kurniaan Allah kepada anda. Rupa-rupanya selama ini anda lalai memuncungkan bibir pada potensi orang lain, hinggakan anda terlepas pandang pada ‘emas’ di genggaman anda.

    Kenali potensi diri, pilih lapangan dan ikhlaslah berbakti. Di situlah jelas nyata keadilan Yang Esa, pada ikhlas atau tidak hambaNya atas tiap nikmat yang dikurnia. Bukannya pada kecil besar atau sedikit banyaknya usaha.

    Jangan kecewa dan berputus asa pada kekurangan diri, itulah rahmat Ilahi yang mesti diperhati. Bahawa kita penuh dengan kecacatan. Kecacatan yang membahagiakan. Kecacatan yang mengingatkan kita bahawa kita sekadar hamba. Kecacatan yang menjadi cermin bahawa hanya Allah sahaja yang sempurna.

    Kesempurnaan itu milik Allah semata. Janganlah berteman kalau ingin mencari yang sempurna.


    Apabila kita ingin berteman,

    Janganlah kerana kelebihannya,

    Kerana mungkin dengan satu kelemahan,

    Kita mungkin akan menjauhinya.... Andai kita ingin berteman,

    Janganlah kerana kebaikannya,

    Kerana mungkin dengan satu keburukan,

    Kita akan membencinya.... Andai kita inginkan sahabat yang satu,

    Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu,

    Kita mungkin akan memfitnahnya.... Andai kita inginkan seorang teman,

    Janganlah kerana sifat cerianya,

    Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,

    Kita mungkin akan menyalahkannya.... Andai kita ingin bersahabat,

    Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat,

    Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna,

    Kerana kita juga tidak sempurna........


    Maha Suci Allah Tuhan kami yang sempurna. Yang Mengampunkan kami andai terlupa. Yang menerima kami kembali padahal kami penuh cacat cela. Yang Mengasihani kami padahal kami sering berbuat dosa.

    Terimalah diri anda seadanya.

    Yakinlah bahawa anda istimewa dengan kecacatan anda itu, yang mengingatkan anda betapa sempurnanya pula pencipta.

    Maha Suci Allah…

    Read More...

    Monday, September 14, 2009

    Perempuan dan Keistimewaannya...

    KUASA LAYANAN PEREMPUAN

    • Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

    KUASA DOA PEREMPUAN


    • Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

    KUASA TAQWA PEREMPUAN

    • Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

    • Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

    • Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

    • Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasannya
    Read More...

    Sunday, September 13, 2009

    ...solat sunat.....

    Solat Sunat Di Bulan Ramadhan
    Di sini dianjurkan solat-solat sunat yang boleh dikerjakan sepanjang bulan Ramadhan ini. Untuk melatih diri kita dalam beribadat kepada Allah swt.


    SOLAT SUNAT YG BOLEH DIKERJAKAN SEPANJANG HARI

    TENGAHARI
    - Sunat Wuduk (2 rekaat selepas berwuduk)
    - Sunat Tahiyattul Masjid (2 rekaat apabila memasuki masjid - sebelum duduk)
    - Sunat Qabliah Zohor (2 rekaat sebelum solat fardhu Zohor)
    > SOLAT FARDHU ZOHOR
    - Sunat Ba'adiah Zohor (2 rekaat selepas solat fardhu Zohor)

    PETANG
    - Sunat Wuduk (2 rekaat selepas berwuduk)
    - Sunat Tahiyattul Masjid (2 rekaat apabila memasuki masjid - sebelum duduk)
    - Sunat Qabliah Asar (2 rekaat sebelum solat fardhu Asar)
    > SOLAT FARDHU ASAR
    >>(tiada sunat selepas solat fardhu Asar - waktu Tahrim)


    MALAM
    - Sunat Wuduk (2 rekaat selepas berwuduk)
    - Sunat Tahiyattul Masjid (2 rekaat apabila memasuki masjid - sebelum duduk)
    - Sunat Qabliah Maghrib (2 rekaat sebelum solat fardhu Maghrib)

    > SOLAT FARDHU MAGHRIB
    - Solat Ba'adiyah Maghrib (2 rekaat selepas solat fardhu Maghrib)
    - Solat Sunat Awwabin (6 rekaat - untuk tetapkan iman)
    - Sunat Qabliah Isyak (2 rekaat sebelum solat fardhu Isyak)

    > SOLAT FARDHU ISYAK
    - Solat Ba'adiyah Isyak (2 rekaat selepas solat fardhu Isyak)
    - Solat Sunat Tarawih (8-20 rekaat - sunat berjemaah)

    **tidur seketika (4-5 jam), bangun sepertiga malam (antara jam 3-4 pagi)

    AWAL PAGI
    QIAMULLAIL (program sendiri atau anjuran masjid)
    - Sunat Wuduk (2 rekaat selepas berwuduk)
    - Sunat Tahiyattul Masjid (2 rekaat apabila memasuki masjid - sebelum duduk) *jika di masjid
    - Sunat Taubat (2 rekaat - mohon ampun dari Allah swt, menyesal akan segala kesalahan)
    - Sunat Tahajjud (2-6 rekaat - mohon dikuatkan iman, kuat beribadat - mencahayakan kubur)
    - Sunat Tasbih (4 rekaat - 75x tasbih setiap rekaat)
    - Sunat Hajat (2-4 rekaat - mohon segala apa yang dihajatkan)
    - Sunat Witir (3 rekaat - solat penutup)

    PAGI
    - Sunat Wuduk (2 rekaat selepas berwuduk)
    - Sunat Tahiyattul Masjid (2 rekaat apabila memasuki masjid - sebelum duduk)
    - Sunat Qabliah Subuh (2 rekaat sebelum solat fardhu Subuh - juga dinamakan Sunat Awal Fajar)
    > SOLAT FARDHU SUBUH
    >>(tiada sunat selepas solat fardhu Subuh - waktu Tahrim)

    SELEPAS TERBIT MATAHARI
    - Sunat Israk (2 rekaat - selepas terbit matahari...anggaran jam 8 pagi)
    - Sunat Dhuha (2-4 rekaat - untuk murahkan rezeki...jam 9-11 pagi)


    Solatlah dan mohon dari Allah swt agar menerima segala ibadat kita. InsyaAllah...muslimin dan muslimat semua akan berjaya di dunia dan di akhirat.

    Wallahua'alam

    Read More...

    Tuesday, September 8, 2009

    ...Ketahuilah...

    Just sharing....

    1hari = 24 jam
    Satu TAHUN ?
    12 Bulan
    52 Minggu
    365 Hari
    8760 Jam
    525600 Minit
    31536000 Detik

    Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti).
    Puratanya manusia meninggal 65 thn

    Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya
    selama hidup di dunia
    Laki-laki Baligh 15 tahun
    Wanita Baligh 12 tahun

    Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
    Mati Baligh = Baki Usia : 65 - 15 = 50 tahun

    50 tahun digunakan untuk apa?
    12 jam siang hari
    12 jam malam hari
    24 jam satu hari satu malam

    Catatan:
    50 tahun = 18250 hari = 458000 jam

    Gambaran kasarnya:
    Mari kita muhasabah bersama !

    Waktu kita tidur 8 jam/hari ;
    Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000
    jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun

    Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur,
    padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya

    Waktu aktiviti kita di siang hari 12 jam
    Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
    18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun

    Aktiviti disiang hari:
    Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil
    jalan-jalan, dan banyak lagi.

    Waktu rehat 4 jam
    Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam
    = 8 tahun

    Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan
    17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

    Lalu Bila Nak Beribadah???

    Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud;
    "Tidak KU ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU."

    Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
    Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
    Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
    Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
    Terimalah habuanmu seadanya..

    Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah,
    tetapi KEBANYAKANNYA BELAJAR AGAR MUDAH MENCARI PEKERJAAN. SEKIRANYA
    BELAJAR ITU TIDAK MEMBANTU MENAMBAH PENDAPATAN KITA, KITA TIDAK AKAN
    BELAJAR…

    Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
    Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.

    Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya

    Lalu Bila Nak Beribadah???

    Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi!
    Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga
    Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

    Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
    1 solat = 10 minit .. 5x solat = 1 jam
    Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam
    =18250 jam= 2 tahun

    Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat (ini kalau yg solat 10minit!
    Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam?) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita. Itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.

    Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;
    dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita,
    dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir,
    dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa.

    Logiknya:
    Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian

    Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana

    Penyelesaian:
    Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!!!!!!!
    Ingatlah negeri kita…Akhirat


    Di susun oleh,

    http://Kittunbonekahati.blogspot.com

    Read More...

    Tuesday, September 1, 2009

    ...LELAKI...



    LELAKI
    Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
    Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
    perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

    BERATKAN?
    Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan
    sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
    terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
    perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
    Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
    begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

    Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
    Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
    panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

    Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
    Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
    kira-kiranya.

    WANITA :
    Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
    suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
    Saksinya kurang berbanding lelaki.. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

    Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

    Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
    Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
    Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
    pada lelaki.




    Pernahkah kita lihat sebaliknya??
    Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat
    yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
    bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

    Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

    Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
    peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki
    menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

    Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

    Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :

    1. ibunya ,
    2. isterinya ,
    3.anak perempuannya
    , dan
    4. saudara perempuannya.


    Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
    1. suaminya,
    2. ayahnya,
    3. anak lelakinya dan
    4. saudara lelakinya .

    Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
    1. sembahyang 5 waktu
    2. puasa di bulan Ramadhan
    3. taat suaminya dan
    4. menjaga kehormatannya .
    Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
    akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
    MasyaALLAH....sayangnya ALLAH pada wanita ....
    Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin....maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA...

    "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
    berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
    bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
    segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)

    Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

    Read More...

    ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI.....

    Blog Widget by LinkWithin
     

    Followers