DEMI MASA...

WATERSHOP - PEKAN

WATERSHOP - NENASI

DELIVERY 5 GELEN.....

ESAY PAYMENT....

SPENT98

WATERSHOP - MERCHONG, NENASI

HARGA-HARGA TERKINI.

  • HARGA FIBER TERKINI
  • ___________________
  • RM 780 HARGA TERMASUK PEMASANGAN
  • ___________________
  • Sunday, May 31, 2009

    KISAH PEMUDA YANG BERNAMA 'UZAIR'

    KISAH PEMUDA YANG BERNAMA 'UZAIR
    Pada suatu hari ketika 'Uzair memasuki kebunnya yang menghijau dengan pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya telah terpesona serta tertarik untuk memikirkan rahsia keindahan dan keajaiban alam ini. Sesudah memetik buah-buahan dia pulang dengan keldainya sambil menikmati keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga keldai yang ditungganginya tersesat jalan. Setelah sekian lama barulah dia sedar bahawa dia telah berada di suatu daerah yang tidak dikenali oleh beliau serta sudah jauh dari negerinya sendiri.

    Sebaik sahaja dia sampai ke daerah itu dilihatnya kampung itu baru sahaja diserbu oleh musuh-musuh sehingga menjadi rosak-binasa sama sekali. Di tapak atau bekas runtuhan terdapat mayat-mayat manusia yang bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. Melihatkan pemandangan yang mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan membawa dua keranjang buah-buahan. Manakala keldainya itu ditambat di situ, kemudian dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah yang sudah runtuh bagi melepaskan penatnya. Dalam pada itu, fikirannya mula memikirkan mayat manusia yang sudah busuk itu.

    "Bagaimana orang-orang yang sudah mati dan hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan kembali di negeri akhirat?" begitulah pertanyaan yang datang bertalu-talu da tidak terjawab olehnya sehingga dia menjadi lemah-longlai dan kemudian terus tertidur. Dalam tidur itu, dia seakan-akan bertemu dengan semua arwah (roh-roh) orang-orang yang sudah meninggal itu. Tidurnya amat luar biasa sekali, bukan hanya sejam atau semalam, tetapi dia telah tidur terus-menerus tanpa bangun-bangun selama seratus tahun lamanya.

    Dalam masa dia tertidur itu, keadaan di sekitarnya sudah ramai lapisan baru, rumah serta bangunan-bangunan banyak yang telah didirikan. Dalam masa seratus tahun itu, segala-galanya sudah berubah, manakal 'Uzair tetap terus tidur tersandar di dinding buruk itu menjadi jasad (tubuh) yang tidak bernyawa lagi. Dagingnya sudah hancur dan tulang belulangnya sudah hancur lebur berderai.

    Kemudian jasad 'Uzair yang telah mati, daging dan tulangnya yang sudah hancur itu disusun kembali oleh Allah pada bahagiannya masing-masing lalu ditiupkan ruhnya. Dan ketika itu juga 'Uzair hidup kembali seperti dahulu. 'Uzair terus berdiri seperti orang yang bangun dari tidur lantas dia mencari keldai dan buah-buahannya di dalam keranjang dahulu.

    Tidak berapa lama kemudian, turunlah beberapa malaikat seraya bertanya, "Tahukah engkau ya 'Uzair berapa lama engkau tidur?"

    Tanpa berfikir panjang 'Uzair menjawab, "Saya tertidur sehari dua ataupun setengah hari."

    Lalu malaikat pun berkata kepadanya, "Bahawa engkau terdampar di sini genap seratus tahun lamanya. Disinilah engkau berbaring, berhujan dan berpanas matahari, kadang-kadang ditiup badai dan berhawa sejuk dan juga panas terik. Dalam masa yang begitu panjang, makanan engkau tetap baik keadaannya. Tetapi cuba lihat keadaan keldai itu, dia sendiri pun sudah hancur dan dagingnya sudah busuk."

    Berkata malaikat lagi, "Lihatlah dan perhatikanlah sungguh-sungguh. Demikianlah kekuasaan Allah. Allah dapat menghidupkan kembali orang yang sudah mati dan mengembalikan jasad-jasad yang sudah hancur lebur dan dengan semudah itu pulalah Tuhan akan membangkitkan semua manusia yang sudah mati itu nanti di akhirat untuk diperiksa dan diadili segala perbuatannya. Hal ini diperlihatkan oleh Tuhan kepada engkau supaya iman engkau tetap dan engkau sendiri dapat menjadi bukti kepada manusia-manusia lain supaya engkau dan manusia-manusia lain tiada syak dan ragu-ragu lagi tentang apa yang diterangkan Tuhan tentang akhirat itu."

    Setelah 'Uzair melihat makanan dan keldainya yang sudah hancur itu, maka 'Uzair pun berkata, "Sekarang tahulah saya bahawa Allah itu adalah berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu." Tiba-tiba keldai yang sudah hancur berderai itu dilihatnya mulai dikumpulkan daging dan tulangnya. Dan akhirnya menjadi seperti sediakala iaitu hidup kembali bergerak-gerak dan berdiri sebagaimana sebelum mati. Maka 'Uzair pun berkata, "Sekarang tahulah saya bahawa Allah berkuasa di atas segala-galanya." Lalu dia pun terus mengambil keldainya dahulu dan terus menunggangnya pulang ke rumahnya dahulu dengan mencari-cari jalan yang sukar untuk dikenali. Dilihatnya segala-gala telah berubah. Dia cuba mengingati apa yang pernah dilihatnya seratus tahun dahulu. Setelah menempuhi berbagai kesukaran, akhirnya dia pun sampai ke rumahnya. Sebaik sahaja dia sampai di situ, dia mendapati rumahnya sudah pun buruk di mana segala dinding rumahnya telah habis runtuh. Semasa dia memandang keadaan sekeliling rumahnya, dia ternampak seorang perempuan tua, lantas dia pun bertanya, "Inikah rumah tuan 'Uzair?"

    "Ya," jawab perempuan itu. "Inilah rumah 'Uzair dahulu, tetapi 'Uzair telah lama pergi dan tiada didengar berita tentangnya lagi sehingga semua orang pun lupa padanya dan saya sendiri tidak pernah menyebut namanya selain kali ini sahaja." Kata perempuan itu sambil menitiskan airmata.

    'Sayalah 'Uzair," jawab 'Uzair dengan pantas. "Saya telah dimatikan oleh Tuhan seratus tahun dahulu dan sekrang saya sudah dihidupkan oleh Allah kembali."

    Perempuan tua itu terkejut seakan-akan tidak percaya, lalu dia pun berkata, "'Uzair itu adalah seorang yang paling soleh, doanya selalu dimakbulkan oleh Tuhan dan telah banyak jasanya di dalam menyembuhkan orang yang sakit tenat." Sambunya lagi, "Saya ini adalah hambanya sendiri, badan saya telah tua dan lemah, mata saya telah pun buta kerana selalu menangis terkenangkan 'Uzair. Kalaulah tuan ini 'Uzair maka cubalah tuan doakan kepada Tuhan suaya mata saya terang kembali dan dapat melihat tuan."

    "Uzair pun mendaha kedua belah tangannya ke langit lalu berdoa ke hadrat Tuhan. Tiba-tiba mata orang rua itupun terbuka dan dapat melihat dengan lebih terang lagi. Tubuhnya yang tua dan lemah itu kembali kuat seakan-akan kembali muda. Setelah merenung wajah 'Uzair dia pun berkata, "Benar, tuanlah 'Uzair. Saya masih ingat." Hambanya itu terus mencium tangan 'Uzair lalu keduanya pergi mendapatkan orang ramai, bangsa Israil. 'Uzair memperkenalkan dirinya bahawa dialah 'Uzair yang pernah hidup di kampung itu lebih seratus tahun yang lalu.

    Berita itu bukan sahaja mengejutkan bangsa Israil, tetapi ada juga meragukan dan ada yang tidak percaya kepadanya. Walau bagaimanapun berita itu menarik perhatian semua orang yang hidup ketika itu. Kerana itu mereka ingin menguji kebenaran 'Uzair. Kemudian datanglah anak kandungnya sendiri seraya bertanya, "Saya masih ingat bahawa bapa saya mempunyai tanda di punggungnya. Cubalah periksa tanda itu. Kalau ada benarlah dia 'Uzair."

    Tanda itu memang ada pada 'Uzair, lalu percayalah sebahagian daripada mereka. Akan tetapi sebahagian lagi mahukan bukti yang lebih nyata, maka mereka berkata kepada 'Uzair, "Bahawa sejak penyerbuan Nebukadnezar ke atas bangsa dan negara Israil dan setelah tentera tersebut membakar kitab suci Taurat, maka tiadalah seorang pun bani Israil yang hafal isi Taurat kecuali 'Uzair sahaja. Kalau benarlah tuan Uzair, cubalah tuan sebutkan isi Taurat yang betul."

    'Uzair pun membaca isi Taurat itu satu persatu dengan fasih dan lancar serta tidak salah walaupun sedikit. Mendengarkan itu barulah mereka percaya bahawa sungguh benar itulah 'Uzair. Ketika itu, semua bangsa Israil punpercaya bahawa dialah 'Uzair yang telah mati dan dihidupkan semual oleh Tuhan. Banyak di antara mereka yang bersalam dan mencium tangan 'Uzair serta meminta nasihat dan panduan daripadanya. Tetapi sebahagian daripada kaum Yahudi yang bodoh menganggap 'Uzair sebagai anak Tuhan pula. Maha Suci Allah tidak mempunyai anak samada 'Uzair mahupun Isa kerana semua makhluk adalah kepunyaan-Nya belaka. Janganlah kita was-was tentang kekuasaan Allah, maka hendaklah dia fikir siapakah yang menciptakan dirinya itu. Adalah mustahil sesuatu benda itu terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang menciptakan. Kalau masih ada orang yang ragu-ragu tentang kekuasaan Allah, ubatnya hanya satu sahaja, hendaklah dia membaca dan memahami al-Qur'an, was-was terhadap kekuasaan Allah itu hanya datangnya dari syaitan.

    Allah S.W.T telah meletakkan komputer dalam kepala kita untuk berfikir, oleh itu gunakanlah akal kita untuk berfikir. Read More...

    "SYAHADAH"

    "SYAHADAH"




    definisi = Pengetahuan,penerangan,pengkhabaran,pernyataan,pengisytiharan.

    Syahadah merupakan pra-syarat utama untuk betul-betul memasuki Islam.Kalimah syahadah merangkumi aspek;

    1.ikrar
    2.iqtikad (pengakuan)
    3.iktiraf

    ayat "ash hadu alla ila ha illallah..wa ash hadu anna muhammadarrasulullah " yakni kalimah syahadah adalah penafian terhadap tuhan-tuhan palsu yg lain seperti berhala,matahari dan sebagainya.
    Ianya turut merangkumi segenap aspek dalam kehidupan sebagai seorang muslim iaitu;

    1. Tempat bergantung dan matlamat perhatian
    2. Sebagai tempat tumpuan kecintaan
    3. Sebagai tempat perlindungan
    4. Sebagai pemberi rezeki
    5. Sebagai sumber perundangan

    perkara-perkara yg membatalkan syahadah

    1. Sujud kepada makhluk.
    -Jika dahi telah mencecah tanah,secara automatik menjadi kafir walaupun hanya sebagai lakonan.
    2. Menyembelih binatang atas nama makhluk
    3. Membuang al -quran /kitab-kitan syara' ketempat yg bernajis
    4. Tunduk/rukuk kepada makhluk dengan khasad
    5. Perkataan-perkataan atau lafaz yang menyebabkan murtad/syirik
    6. Mendustakan nabi
    7. Tidak percaya kepada hari akhirat
    8. Mendustakan kebenaran (contoh seperti aurat,solat dan hukum hakam yg lain)
    9. Melafazkan kalimah-kalimah kufur
    10.Menyangkal ayat al-quran (tidak menerima ayat al-quran)
    11.Meremeh-remehkan sunnah nabi
    12.Menghalalkan yang haram
    13.Menafikan perkara-perkara yg tetapkan wajib
    14.Mengaku dirinya nabi.(contoh seperti Musailamatul kazab)
    15.Orang yg berangan-angan utk menjadi kafir
    16.Mengesyaki dirinya kafir
    17.Meremeh-remehkan hukum Allah
    18.Mempersendakan lafaz "bismillah hirrahman nirrahim"
    19.Mempermain-mainkan tuhan
    20.Mengibaratkan perangai satu-satunya org kafir lebih baik dari orang Islam.

    kesimpulan :. Syahadah merupakan satu pengsiytiharan seorang mukmin untuk bertuhankan hanya kepada Allah.Sebagai hamba-Nya,kita perlu mengikuti segala suruhan dan menjauhi larangan-Nya.Dalam kehidupan seharian,kita perlu berhati-hati dalam melakukan/mengucapkan sesuatu perkara kerana mungkin hanya dengan sepatah ucapan,syahadah kita terbatal walaupun secara tidak sedar.Nauzubillah himin dzalik.Sama-samalah kita memohon keampuanan dan keredhan Allah dalam meneruskan kehidupan sementara ini.

    wallahua'lam

    dipetik daripada..usrah online.. Read More...

    Wednesday, May 27, 2009

    EKONOMI MERUDUM

    EKONOMI TERUS JATUH
    KDNK Menguncup 6.2 Peratus Pada Suku Pertama 2009



    Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tahun ini menguncup 6.2 peratus berbanding pertumbuhan 0.1 peratus pada suku keempat tahun lepas, Bank Negara mengumumkan hari ini.

    Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata penguncupan itu berpunca daripada kemerosotan ketara dalam permintaan luar negeri akibat kemelesetan ekonomi di negara maju.
    "Permintaan eksport terus lemah dan keadaan masih mencabar. Walaupun wujud tanda-tanda awal peningkatan, suku kedua dijangka sama dengan suku pertama," katanya pada sidang media.
    Ekonomi negara dijangka terus menguncup dalam suku kedua, katanya.
    "Jika langkah yang diambil oleh ekonomi lain tidak menunjukkan perubahan, maka suku kedua akan lebih teruk," kata Zeti.
    Pelaburan tetap merosot disebabkan sentimen peniagaan yang lemah. Perbelanjaan awam bagaimanapun memberikan sedikit sokongan kepada pertumbuhan.
    Dari segi penawaran, kesemua sektor mengalami pengucupan, kecuali sektor pembinaan. Read More...

    Monday, May 25, 2009

    MEMBALAS BUDI IBU

    MEMBALAS BUDI IBU
    Bagaimana kita membalas budi IBU kita?

    Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita...
    Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

    Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita...
    Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

    Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon...
    Kita membalas budinya dengan menconteng dinding di rumah.

    Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya...
    Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

    Semasa kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah...
    Kita membalas budinya dengan menjerit, “SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH”.

    Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll...
    Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita.

    Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak...
    Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita.

    Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV...
    Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah.

    Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan...
    Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada “TASTE”.

    Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk...
    Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik kerana rindu kepada kekasih yang baru kita kenali.

    Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira...
    Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana nak enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.

    Apabila kita berumur 19 tahun, Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke Universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang sampai ke hostel kita...
    Kita membalas budi Ibu dengan bersalaman dengan Ibu di luar ‘Dorm’ takut malu dilihat kawan-kawan.

    Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin – kita ada boyfriend/girlfriend ke?...
    Kita membalas budi Ibu dengan berkata --- “ Ibu ni kepohlah!!! ”

    Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita...
    Kita membalas budi Ibu dengan berkata --- “ Saya tak mahu jadi macam Ibu!!! ”

    Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri ---Ibu membelikan baju kita memulakan kerja baru...
    Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan.

    Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga --- Ibu menangis gembira dan berkata Ibu kasih dan sayang pada kita...
    Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu.

    Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menalifon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi anak kita...
    Kita membalas budi Ibu dengan berkata, “ Zaman sekarang lain Ibu!!! ”.

    Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalifon dan memaklumkan majlis kenduri di kampong...
    Kita membalas budi Ibu, dengan berkata --- “ Saya sibuk !!! ”.

    Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang...
    Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah epal--- dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa pulang segera.

    Dan kemudian ... pada suatu hari, Ibu meninggal dunia...
    Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.

    Ingat --- selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu---
    dan jika Ibu sudah meninggal dunia, INGATlah jasa Ibu.


    Nukilan dikemaskini oleh seripagi... Read More...

    Wednesday, May 20, 2009

    Ibu....

    IBU KU...................
    Bila dahaga, yang susukan aku.....IBU
    Bila lapar, yang suapkan aku.... IBU
    Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. IBU
    Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... IBU
    Bila bangun tidur, aku cari.... IBU
    Bila nangis, orang pertama yang datang .... IBU
    Bila nak bermanja, aku dekati.... IBU
    Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... IBU
    Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... IBU
    Bila nakal, yang memarahi aku.... IBU
    Bila merajuk, yang memujukku cuma... IBU
    Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... IBU
    Bila takut, yang tenangkan aku..... IBU
    Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... IBU
    Aku selalu teringatkan .... IBU
    Bila sedih, aku mesti talipon.... IBU
    Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... IBU
    Bila bengang.. aku suka luah pada.. IBU
    Bila takut, aku selalu panggil... "Ibuuuuuu!!!!! "
    Bila sakit, orang paling risau adalah.... IBU
    Bila nak exam, orang paling sibuk juga..... IBU
    Bila buat hal, yang marah aku dulu.... IBU
    Bila ada masalah, yang paling risau.... IBU
    Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. IBU
    Yang selalu masak makanan kegemaranku.... IBU
    kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... IBU
    Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... IBU
    Yang selalu berleter kat aku... IBU
    Yang selalu puji aku.... IBU
    Yang selalu nasihat aku.... IBU
    Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... IBU

    Aku ada pasangan hidup sendiri....

    Bila seronok, aku cari.......pasanganku
    Bila sedih, aku cari...... IBU

    Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
    Bila gagal, aku ceritakan pada.... IBU

    Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
    Bila berduka, aku peluk erat.... IBU!!!!!!

    Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
    Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah..... IBU

    Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
    Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

    Selalu.. aku ingat pasanganku
    Selalu.. mak ingat kat aku

    Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
    Entah bila... aku nak talipon IBU

    Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
    Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk IBU

    Renungkan:
    "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk ibu mu ?
    ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
    Berderai air mata jika kita mendengarnya........

    Tapi kalau mak sudah tiada...........
    IBUUUUU...RINDU IBUUUU..... RINDU SANGAT 2 ....
    Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
    berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
    berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
    berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
    berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
    berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
    dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
    Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
    1) Tolong pergi kedai : RM4.00
    2) Tolong jaga adik : RM4..00
    3) Tolong buang sampah : RM1.00
    4) Tolong kemas bilik : RM2.00
    5) Tolong siram bunga : RM3.00
    6) Tolong sapu sampah : RM3.00
    Jumlah : RM17.00
    Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama..
    1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
    2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
    3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
    4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
    5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
    Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

    Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
    "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
    "Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

    1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
    2-4 orang : Kamu sayang ibumu
    5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
    10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu Read More...

    Tuesday, May 19, 2009

    BAWANG PUTIH.....

    Bawang Putih Cegah Cancer?
    SEJAK lama bawang putih dipercaya bermanfaat bagi kesehatan. Termasuk melawan virus, bakteri, hingga sel kanker. Benarkah?

    Bawang putih selama ini populer sebagai bumbu penyedap masakan maupun pengusir setan dalam mitologi vampir. Di luar itu, tanaman bernama latin allium sativum ini sejak zaman kuno juga diyakini memiliki faedah medis seperti melawan virus, bakteri, dan kanker, serta menurunkan kolesterol. Tak heran, bawang putih pun dianggap sebagai "obat herbal ajaib".

    Namun, sebuah temuan baru menyimpulkan bahwa bukti penelitian yang mengaitkan bawang putih dengan pengurangan risiko kanker kurang mumpuni dan masih sangat minim.

    "Masyarakat ingin memercayai bahwa bawang putih mungkin saja efektif mengurangi risiko kanker, akan tetapi sejauh ini bukti ilmiah masih sangat terbatas untuk menyimpulkan bahwa bawang putih bermanfaat untuk semua jenis kanker," ungkap peneliti dari Ewha Women's University di Seoul,Korea Selatan, Dr Oran Kwon. Dia juga menjabat ketua tim penulisan penelitian yang dipublikasikan dalam Jurnal Nutrisi Klinis Amerika bulan ini.

    Untuk keperluan penelitian itu, Kwon bersama timnya menganalisis 19 laporan hasil penelitian yang pernah dipublikasikan dan membahas keterkaitan konsumsi bawang putih dengan pengurangan risiko kanker tertentu.

    Untuk proses evaluasi, Kwon dan timnya menggunakan standar penilaian seperti yang dilakukan US Food and Drug Administration (FDA) dalam membuat klaim manfaat kesehatan dari suatu makanan.

    Hasilnya, peneliti menyimpulkan bahwa tidak ada bukti mumpuni untuk menghubungkan konsumsi bawang putih dengan risiko pengurangan kanker lambung, payudara, paru, dan endometrium. Mereka hanya mendapati bukti yang sangat terbatas, tapi dapat dipercaya, yang mengaitkan konsumsi bawang putih dalam mengurangi risiko munculnya sel kanker pada usus besar, prostat, kerongkongan, pangkal tenggorokan, mulut, indung telur, dan ginjal. Untuk itulah, Kwon menyarankan perlunya penelitian lebih lanjut.

    Selama ini sejumlah ilmuwan sudah telanjur berteori bahwa bawang putih mungkin bekerja dengan berbagai cara untuk mengurangi risiko kanker. Termasuk menghancurkan tekanan oksidatif yang disebabkan molekul radikal bebas yang dapat memacu risiko kanker dan gangguan kesehatan lainnya. "Akan tetapi, klaim bahwa bawang putih mencegah berbagai jenis kanker belum memiliki cukup bukti," komentar nutrisionis sekaligus aktivis dari American Cancer Society di Atlanta, Colleen Doyle. "Bukti yang ada masih lemah," imbuhnya.

    Kendati demikian, dia menilai kebiasaan mengonsumsi bawang putih tidaklah buruk. Artinya, jika Anda menyukai bawang putih itu bagus. "Silakan saja mau dipanggang, ditumbuk, ditumis. Itu tidak akan membahayakan Anda," katanya. "Jika kelak ada bukti kuat bahwa bawang putih bermanfaat mencegah kanker, ya bagus," ujarnya.

    Lebih lanjut, Doyle mengungkapkan, penyuka bawang putih itu sendiri sebenarnya telah melakukan upaya pengurangan risiko kanker melalui diet seimbang. "Kami telah mengetahui bahwa orang yang menerapkan pola diet kaya buah dan sayuran, atau yang berdiet dengan mengonsumsi makanan berbahan dasar tumbuhan (termasuk bawang putih), berisiko lebih rendah terkena kanker," sebutnya.

    Terkait manfaat bawang putih dalam mencegah kanker, peneliti dari Universitas Boston Amerika pernah melaporkan, bawang putih dapat mengurangi risiko kanker usus besar. Kandungan bahan yang disebut diallyl disulfide disinyalir membantu memacu usus memproduksi enzim yang bermanfaat membersihkan partikel penyebab kanker.

    Peneliti asal Selandia Baru tersebut mencoba memberi makan tikus-tikus dengan kadar disulfide berbeda-beda. Hasilnya, usus tikus-tikus yang diberi makan dengan kadar disulfide banyak dan sedang (berdasarkan takaran asupan harian bagi manusia) mengalami peningkatan produksi enzim antikanker hingga 60 persen.

    Mereka lantas menyimpulkan, walaupun hanya sesiung bawang putih, manfaatnya bagus juga bagi manusia. Read More...

    Hati yang beriman.......

    Orang beriman sentiasa terdorong melakukan kebaikan dalam hidup
    HATI ibarat raja dalam diri manusia kerana di situ letaknya keyakinan seorang hamba terhadap Tuhannya. Hati juga menjadi sasaran syaitan untuk menyesatkan manusia. Manusia mempunyai hati yang baik, sentiasa berada dalam ketenangan, kedamaian dan ketenteraman.
    Secara zahirnya hati ialah organ berwarna perang kemerah-merahan terletak pada sebelah kanan perut yang tugasnya mengeluarkan hempedu, mengawal kandungan gula dalam darah, menawarkan kesan keracunan nitrogen, menghasilkan urea dan menyimpan glikogen.
    Berkaitan hati, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Di dalam diri manusia ada seketul daging, apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak, itulah dia hati.”
    Allah menilai orang yang beriman dan beramal soleh melalui hati baik yang memiliki sifat mahmudah untuk dimasukkan ke dalam syurga-Nya. Firman Allah yang bermaksud:
    “Sesungguhnya Allah memasukkan orang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga di bawahnya sungai, sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.” (Surah al-Haj, ayat 14)
    Jelaslah orang beriman dan beramal soleh mempunyai sifat terpuji seperti berkasih sayang sesama Muslim, bersikap lemah lembut, pemaaf, tenang, berbakti terhadap ibu bapa, sabar apabila susah, syukur apabila senang, mengawal diri ketika marah, bertimbang rasa serta berakhlak baik.
    Segala sifat terpuji berpunca dari hati. Oleh itu, sifat terpuji mesti dimiliki dulu yang boleh mendorong kita melakukan amal soleh dalam kehidupan di dunia. Semuanya akan dinilai oleh Allah dan diberi nikmat syurga.
    Dalam kehidupan masyarakat Melayu ada banyak peribahasa berkaitan hati seperti ‘ada hati’ iaitu mempunyai perasaan, ‘kecil hati’ yang bermaksud merajuk dan berasa tersinggung, ‘hati muda’ bermaksud rasa muda dalam hati, ‘rasa hati’ bermaksud perasaan, ‘terang hati’ bermaksud mudah mengerti dan ‘hati kecil’ bermaksud perasaan dalam batin. Segala-galanya berpunca dari hati. Hati yang bertakwa dan bersih tidak ada sifat derhaka, khianat, dendam, dengki dan rakus.
    Imam Al-Ghazali dalam bukunya Keajaiban Hati dan Keunikannya menyatakan, hati ibarat cermin yang dapat memantulkan pelbagai bentuk benda yang mengarah padanya sehingga tampak bayangan bermacam bentuk itu silih berganti, tanpa henti, ibarat sebuah telaga yang airnya dari pelbagai air sungai yang tidak terjamin kebersihan dan kejernihannya, dapat pula telaga itu berisi air dari kedalaman telaga itu sendiri melalui sumber mata air yang memancar dari dalam.
    Oleh itu, hati melalui pintunya yang mengalir kepada pancaindera luar dapat menampung dan menyerap ilmu empiris, melalui proses pembelajaran; sedangkan melalui pintunya yang mengarah ke alam malaikat, ia dapat menyerap ilmu melalui jalan ilham.
    Manusia mengawal (makrifat) kepada Allah adalah melalui hatinya, bukan melalui anggota tubuh jasmaninya. Hatilah yang dapat mengenal Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya. Hatilah yang mengadakan interaksi dengan Allah, dan selalu berjalan menuju ke hadrat-Nya.
    Sementara itu, hati yang diterima Allah, adalah apabila bersih dari yang selain Allah
    Manakala, hati yang akan terhalang dari Allah adalah apabila ia sibuk dan tenggelam dengan selain Allah Hatilah yang bakal dituntut, serta diajak berbicara, dan dicela, jika ingkar kepada-Nya.
    Hatilah yang akan merasa bahagia dan beruntung kerana mendekatkan hubungan dengan Allah dan kebersihannya. Sebaliknya, hati yang akan dimainkan, dicaci, dimaki, diseksa pula adalah hati yang kotor berlumuran noda dan dosa.
    Ali bin Abi Thalib berkata, “Sesungguhnya Allah mempunyai tempat air di bumi-Nya, iaitu hati. Maka hati yang paling dikasihi Allah ialah paling halus, bersih dan keras.” Kemudian
    Ali mengatakan, “Yang paling keras hati itu mengenai agama, paling bersih mengenai keyakinan dan paling halus adalah kepada saudaranya.”
    Kata-kata lain mengenai hati, “Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati, seburuk-buruk dosa ialah berdusta, seburuk-buruk usaha ialah memungut riba, seburuk-buruk makanan usaha ialah makan harta anak yatim, sesiapa memaafkan orang akan dimaafkan Allah dan sesiapa mengampuni orang akan diampuni Allah ”
    Jelaslah, tempat ilmu terletak di hati. Hati memiliki kemampuan untuk mengatur seluruh anggota tubuh. Jiwa yang tenang juga terletak pada hati seseorang.
    Allah berfirman yang bermaksud:
    “Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Surah al-Fajr, ayat 30)
    Hati yang taat kepada Allah , Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
    “Hati itu ada empat macam iaitu; hati yang bersih di dalamnya ada pelita bersinar, itulah hati orang mukmin. Hati yang hitam seluruh permukaannya, itulah hari orang kafir. Hati tertutup yang terlihat tutupnya, itulah hati orang munafik. Hati yang memiliki dua sisi, yang satu iman dan yang lain nifaq.” (Hadis Ahmad dan Thabrani). Read More...

    Monday, May 18, 2009

    WANITA.....

    NASIHAT UNTUK WANITA

    Nasihat untuk kaum Hawa...

    1. Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

    2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

    3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.

    4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.

    5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

    6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

    7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

    8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu
    & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

    9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

    10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

    11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

    12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

    13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)

    14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda

    15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif Read More...

    SELAMAT HARI IBU......

    SELAMAT HARI IBU!


    Kita semua adalah anak. Dilahirkan oleh ibu selepas berbulan mengandungkan kita dengan segala susah payah. Sesungguhnya kita sangat terhutang budi dengan bonda yang melahir dan membesarkan kita. Al Quran sendiri menjelaskan betapa tingginya penghormatan dan kebaikan yang wajib dilakukan oleh seorang anak kepada ibu bapanya.



    Allah berfirman:
    “Dan telah kami perintahkan kepadamu, Janganlah sekali-kali menyembah selainku dan berbuat baiklah kamu kepada kedua orang tuamu. Sama ada kedua ibu bapamu atau salah seorang daripada mereka sudah lanjut usia, janganlah kamu mengatakan kepada mereka walaupun pun perkataan ‘uhh’, dan janganlah sekali-kali kamu meninggikan suara kepada mereka, dan bercakaplah dengan mereka dengan ucapan-ucapan yang mulia. Dan Hendaklah kamu sentiasa merendahkan diri di hadapan mereka dan berdoalah: Wahai Tuhanku, kasihanilah kedua-dua mereka sepertimana jerit perih mereka membesarkan kami sedari kecil”
    (al Isra’: 23-24)

    Cinta Tak Berpenghujung
    Sungguh jasa bonda tak dapat dibalas. Mengandungkan kita berbulan-bulan lamanya, bertarung antara hidup dan mati ketika melahirkan kita ke dunia. Masih ingatkah kita, bagaimana kesabaran ibu kita melayan karenah dan segala ragam kita sewaktu kecil, bersengkang mata hingga ke pagi ketika kita demam dan sakit, menyedia sarapan untuk kita sebelum ke sekolah… Banyak sungguh jasa ibu… banyak yang sudah kita terlupa…
    Masih ingatkah kita doa ibu di penghujung solat mendoakan kejayaan kita anak yang dikasihinya, tangis syukur yang tumpah dari kelopak mata ibu sewaktu kita menggenggam ijazah. Ibu kita mungkin buta huruf dan tidak bersekolah tetapi mata hatinya celik, ingin melihat masa depan anaknya cerah, secerah mata hatinya. KASIH IBU SANGAT LUAR BIASA; kasih tanpa syarat, cinta yang tak berpenghujung…
    Highway ke Syurga

    Rasulullah bersabda:
    “sangat rugilah, sangat rugilah, sangat rugilah, mereka yang masih memiliki ibu bapa atau salah seorang daripada mereka patah lagi yang sudah lanjut usia, sedangkan anak-anak tersebut dicampakkan ke dalam neraka”
    (riwayat Muslim).

    Hadith ini menjelaskan mentaati dan menyantuni ibu bapa apatah lagi yang sudah tua adalah antara jalan yang mudah untuk menikmati syurga. Bahkan ganjaran lebih besar buat anak yang melayani ibu dan bapanya yang sudah tua sehinggakan Rasulullah menyebutkan betapa rugi dan malangnya seorang anak yang masih mempunyai ibu dan ayah sedangkan si anak tersebut tidak memperolehi syurga kerana mengabaikan kedua orang tuanya.

    Antara tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya termasuklah menyediakan makan dan minum serta kelengkapan hidup mereka sekiranya mereka tidak mampu, taat dan patuh kepada perintah mereka, sentiasa memohon maaf di atas segala kesalahan dan kealpaan dan sentiasa mendoakan keampunan untuk mereka dan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat.



    Memang kita sibuk, kerja banyak, masa tak cukup dan bermacam-macam lagi alasan, namun sementara mereka masih hidup, janganlah bertangguh untuk mendapat ganjaran besar yang disediakan. Ingatlah, Allah Maha Adil, sekiranya kita menghormati dan mentaati kedua ibubapa, maka kita juga akan dihormati dan di taati oleh anak-anak kita kelak dan begitulah sebaliknya. Kejayaan dan keberkatan hidup banyak bergantung kepada restu ibu dan ayah…

    Selamat Hari Ibu! Read More...

    Tuesday, May 5, 2009

    AIRMATA RASULULLAH swt........

    Author : Dilan Poster under :


    Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

    Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

    'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

    'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

    Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

    'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

    'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku' 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

    'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Read More...

    ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI.....

    Blog Widget by LinkWithin
     
    There was an error in this gadget

    Followers