DEMI MASA...


WATERSHOP - PEKAN

WATERSHOP - NENASI

DELIVERY 5 GELEN.....

ESAY PAYMENT....

SPENT98

WATERSHOP - MERCHONG, NENASI

HARGA-HARGA TERKINI.

  • HARGA FIBER TERKINI
  • ___________________
  • RM 780 HARGA TERMASUK PEMASANGAN
  • ___________________
  • Friday, November 13, 2009

    KEBAHAGIAAN.....


    Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, maka sudah tentu dia tidak siuman lagi kerana bahagia itu merupakan fitrah semula jadi setiap manusia. Tidak ada manusia yang tidak inginkannya. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.

    · Bahagia itu relatif?

    Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.

    Apakah erti bahagia?

    Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya.

    Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.

    · Sumber dalaman atau luaran?

    Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?

    Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.

    Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?

    · Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.

    Realitinya, sudah menjadi “rules of life” (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:
    “Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.

    Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta yang berbilion dollar. Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.

    John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al Malik Farouk (Masir), Shah Iran (Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan.

    · Bukti hilangnya bahagia.

    Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang.

    Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai, dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang “hilang” di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.

    · Ujian hidup punca hilang bahagia?

    Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!

    Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.

    Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.

    · Metafora air limau dan luka di tangan

    Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.

    Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.

    Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.

    · Inilah erti bahagia

    Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:
    “Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.

    Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
    ” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)

    Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
    ” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
    Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

    Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.

    Read More...

    Tuesday, October 13, 2009

    GARANG....





    Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang
    bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui
    titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari
    sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka
    adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat
    baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka
    memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia
    keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya
    dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat
    keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha
    Pengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan
    Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika
    engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah,
    tahulah engkau betapa peritnya berpisah
    denganNya.....Wallahua'alam.

    Read More...

    Monday, October 12, 2009

    BAYI BERCAKAP.....



    Sebenarnya ada dua soalan, apa bayi buat dalam perut dan apa korang buat dalam dunia ni...Untuk mengetahui apa yang bayi buat dalam perut, kita tanya seorang ibu (kononnya) yang di beri izin oleh Allah untuk bercakap dengan bayinya….

    BERCAKAP DENGAN BAYI:

    Ibu: Apa kabar kau?

    Bayi: Kabar baik aku.

    Ibu: Apa kau buat kat dalam tu?

    Bayi:Aku duk pusing2 sambil makan2.

    Ibu: Ada apa kat dalam?

    Bayi: Tak nampak apa2, gelap tapi nyaman, tidak sejuk dan panas, sambil makan2. Aku selesa di sini.

    Ibu: Apa kau makan kat dalam tu?

    Bayi:Makanan yang dihantar melalui tali pusat.

    Ibu: Oh..Itu darah haid…agaknya.

    Bayi: Apa itu darah haid.?

    Ibu:.. kalau ibu cakap pun kau bukannya paham..

    Bayi: Cakap je lah..

    Ibu: Perempuan kalau tidak beranak keluar darah haid, tapi bila dah mengandung darah haid dah takde, Allah tukar jadi makanan bayi ..ibu rasalah…agaknya.

    Bayi: Tak faham aku..

    Ibu: Kang ibu dah cakap….

    Bayi: Tapi aku tak sedap hatilah, aku makin hari makin sukar bergerak, ada benda2 tak berguna keluar dari badan aku dan menganggu aku.

    Ibu: Patutlah kau duduk terajang-terajang, rupa2nya kau tak bebas bergerak..Itu adalah tangan dan kaki kau, kau tak perlukan kat dalam tu tapi bila kau keluar kau sangat2 perlukan tangan dan kaki kau tu..

    Bayi: Ah taknaklah saya, baik saya gunakan zat tu untuk besarkan tali pusat. Boleh makan banyak sikit.

    Ibu: Jangan begitu anakku, bila kau lahir nanti takkan ade doctor boleh cipta kaki untuk kau, kau akan cacat selama-lamanya…kau tak boleh naik basikal

    Bayi: Basikal tu apa?

    Ibu:Itu adalah salah satu nikmat dunia, bila sampai masa nanti kau akan kena keluar dari perut mak, kau akan menagis terkejut…

    Bayi: Baiklah mak…tapi saya tak takut kerana tuhan dah bagitau bila saya keluar nanti ada malaikat jaga saya.

    Ibu: Malaikat?, Siapa nama malaikt tu…?

    Tuhan kata panggilah dia: BONDA.

    Tammat…

    Sekarang korang ikuti temubual aku bersama makhluk ‘engkau’…

    BERCAKAP DENGAN ENGKAU:

    Aku: Apa kabar kau?

    Engkau: Kabar baik aku.

    Aku: Apa kau buat kat dunia ni?

    Engkau:Aku duk pusing2 sambil cari makan..

    Aku: Apa yang kau makan?

    Engkau:yang halal. Macam2 ada: nasi ayam, nasi itik. Nasi goreng kampong…

    Aku: Oh..Itu makanan dari tanah.Akhirat nanti makan dari khazanah Allah..

    Engkau:: Apa itu khazanah Allah..

    Aku:.. kalau aku cakap pun kau bukanya paham..

    Engkau:: Cakap je lah..

    Aku: Khazanah Allah ,makan dlm shurga kau niat je terus muncul, macam magik ler...

    Engkau:: Tak faham aku..

    Aku: Kang aku dah cakap….

    Engkau: Tapi aku tak sedap hatilah ramai pendaqwah ganggu aku, mintak aku bagi masa dengar ceramah, tak bebas aku dibuatnya…

    Aku: Patutlah kau lari2, rupa2nya kau rasa tak bebas bergerak. Diorang tu mintak masa supaya akhirat nanti kau tak rugi…bila kau tak solat, akhirat nanti takde kepala, kau tau?

    Engkau:: ye ke ni,,,Ah taknaklah aku, baik aku gunakan masa tu untuk besarkan pernigaan aku. Boleh makan banyak sikit.

    Aku: Janganlah begitu engkau…, bila kau dah jadi mayat nanti takkan ade org boleh tolong kau dalam kubur, padang mahshar, titi sirat…tak dapat shafaat nabi.

    Engkau:: Shafaat tu ape?

    Aku; Itu adalah salah satu nikmat akhirat, Nabi bagi kat org yg ikut sunnah dia...bila sampai masa nanti kau akan akan jadi mayat, baru kau tau...kau akan menangis terkejut…

    Engkau: ah..mulalah nak daqwah aku tu.... aku sibuklah nak baca blog engkau ni baik aku pergi besar kan ‘tali pusat’ aku….

    Sigh out….

    Disini solat, puasa, haji memang tak nampak manfaat, tapi korang akan dapat manfaatnya disana, akhirat yang kekal abadi…macam bayi, dalam rahim tangan, kaki, mana ada manfaat, bila dah beranak kalau cacat, cacat selama-lamanya, tali pusat yang paling sedap dalam perut mak kita jika bagi kat korang sekarang, muntah bueekkk, korang…tapi manusia hari ini sibuk besarkan ‘tali pusat’ hingga lupa pada perintah Allah…nauzubillah…

    posted by HAMKA

    Read More...

    Wednesday, October 7, 2009

    CIKGUUUU!!!!!!!!!....




    Pada suatu hari disekolah......., seorang murid bertanya pada guru.....ketika itu guru tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang......


    SU : Cikgu,macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik , sebagai orang yg paling kita sayangi? ....Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan????....


    CIKGU CT : Ok.....kamu ikut apa yang saya suruh. ...kamu pergi ke padang, kamu jalan atas rumput sambil tengok rumput di depan kamu.... pilih yg paling cantik tanpa toleh ke belakang lagi walau sekali pun .... dan petik rumput yg paling cantik,.....bawa kekelas ....bila pelajar tersebut pulang kekel as tidak ada sehelai rumput pun di tangannya. .....cikgu tanya kenapa x de rumput yg dipilih.


    SU: Tadi masa saya jalan,saya cari rumput yg paling cantik. memang ada banyak yg cantik tapi cikgu kata petik yg paling cantik,so saya pun terus jalan ke depan sambil cari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. tapi sampai dihujung padang saya tak jumpa pun yang paling cantik mungkin ada diantara yg dibelakang saya tadi rumput yg paling cantik tapi dah cikgu cakap tadi tidak boleh toleh ke belakang semula,...jadi takdalah rumput yg boleh saya petik.


    CIKGU CT: Ya...itulah jawapannya...... maknanya bila kite telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayangi janganlah kita cari lagi yg lebih baik dari itu... kita patut hargai orang yg ada depan mata kita sebaiknya.... jangan kita toleh lagi ke kiri dan kekanan kerana yang berlalu tetap berlalu. ....moga yg berlalu x berulang lagi dan ingatlah orang yg paling kita sayangi itulah yg paling ...CANTIK DAN BAIK... walaupun diikutkan banyak yang cantik macam rumput tadi tu............



    RENUNG2KANLAH.........=')

    Read More...

    Monday, October 5, 2009

    SOMBONGNYA !!!!!!!!! ......


    ......Ini untuk aku......


    Dan mungkin juga untuk kamu.

    Antara panduan Imam Ghazali. Yang boleh digunapakai. Untuk aku. Dan barangkali juga mungkin untuk kamu. Agar kita tidak berlaku sombong dan angkuh antara satu sama lain.

    1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

    2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat berbanding kita.

    3. Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyaknya ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

    4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

    5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin pada suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya. Malah, mungkin akan menjadi insan yang lebih mulia berbanding kita.

    6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni Allah.


    Dan....

    Percayalah.

    Pangkat dan harta bukan harga seorang manusia. Cuma iman dan amalnya saja yang membezakan antara kita. Selain daripada itu, kita tetap sama hina dan bakal kembali ke dalam tanah semula.

    Pujian bukan untuk manusia. Pujian itu cuma untuk Allah semata....ALHAMDULLILLAH !!! ( segala puji bagi ALLAh swt).... Jangan sekali-kali terasa riak dan angkuh dengan kehebatan dan kelebihan diri. Tiada satu pun yang boleh dibanggakan. Semoga kesombongan dan keangkuhan itu bukan milik aku dan bukan milik kamu juga.

    Semogalah ya.

    Pesanan saja-saja sempena musim perayaan.
    Read More...

    Thursday, October 1, 2009

    VIDEO COMPANY



    Read More...

    Tuesday, September 29, 2009

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


    Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw. Apakah (Amalan) islam
    yang terbaik ?

    " Engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau
    kenali dan kepada orang yang engkau tidak kenali "

    ( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

    Sempena hari raya ini, saya melihat ramai di antara kita yang bergembira. Apakah kita dilarang untuk bergembira. Tidak.. bahkan, jika betul caranya, gembira kita akan menjadi ibadah.

    Islam tidak pernah melarang umatnya berhibur, bersolek, mencari harta, bergaul, belajar, berbelanja dan sebagainya. Tetapi apa yang Islam ajar adalah supaya kita melaksanakan semua itu mengikut lunas-lunas agama Islam. Apa juga yang umat Islam buat ada panduan yang perlu diikut. Ini supaya kehidupan kita lebih selamat dan lebih teratur serta dapat membezakan di antara kehidupan orang Islam dan orang kafir. Dan yang paling penting ialah agar kita mendapat keredhaan Allah.

    Islam meraikan perasaan gambira yang ada pada manusia. Manusia boleh gembira. Cuma cara kita gembira perlu kita selaraskan mengikut apa yang telah Islam ajarkan.

    Islam bukannya "no, no, religion". Ia merupakan tunjuk ajar untuk kita lebih bahagia. Ini kerana tidak semua kebahagiaan dapat kita kecapi dengan cara yang difikirkan akal.

    Berapa ramai orang yang mencari bahagia dengan akal akhirnya menjadi gila dan hilang kebahagiaan. Ada yang membunuh diri, ada yang hilang ketenangan. Kita boleh melihat, berapa ramai penghibur yang tidak terhibur jiwanya. Dia menghiburkan orang lain, diri sendiri pun tidak terhibur.

    Oleh yang demikian, tidak rugi kita mengikut agama. Kadang kala ajarannya seolah-oleh berat untuk diamalkan tetapi setelah diamal terasa hikmahnya.

    Sempen hari raya ini, "betulkanlah yang biasa dan biasakanlah yang betul"...

    Read More...

    Thursday, September 24, 2009

    JANGAN MENGELUH....


    Apabila kita kehilangan sesuatu, sesungguhnya masih banyak lagi yang ada pada kita. Jika kita sedihkan sesuatu, masih banyak lagi perkara yang boleh kita gembirakan. Jika kita dihimpit sesuatu, masih banyak lagi ruang yang boleh kita gunakan. Cuma apabila kita menumpukan kepada kekurangan, kita akan nampak kekurangan itu besar.

    Jika kita melihat jerawat pada muka kita, dan kita merasakan bahawa jerawat itu menyebabkan muka kita hodoh, nanti kita tidak akan melihat anggota wajah yang lain seolah-olah muka kita adalah jerawat. Kita lupa kita ada mata, kita ada hidung, kita ada telinga, rambut dan lain-lain.

    Jika kita dihimpit hutang, dan merasakan hutang itu penghujung hidup kita, maka kita tidak akan dikurniakan jalan untuk keluar dari hutang itu kerana kita menumpukan semata-mata pada masalah dan tidak berfikir untuk mencari jalan keluar. Oleh yang demikian jangan bazirkan masa untuk berfikir yang telah lalu, bersangka yang baik dan cari jalan yang baik dan kita akan mendapat jalan keluar.

    Dari Abu Hurairah dari Rasullulalah S.A.W bahawa Allah Azza Wa Jalla telah berfirman, aku berserta sangkaan hambaku denganku, jika dia bersangka baik maka dia mendapatnya, jika dia bersangka buru maka dia akan mendapatnya

    Read More...

    Tuesday, September 15, 2009

    Istimewanya Anda.....


    “Allah tidak menciptakan manusia pandai dan bodoh. Tetapi Allah menciptakan manusia berbeza kepandaian”


    “Tapi manusia rajin dan malas ada…,” hati berdetik membalas.

    Kalau manusia bodoh dan pandai, Tuhan ternyata tidak adil. Tetapi yang ada ialah manusia yang malas dan rajin. Yang nyatanya malas dan rajin itu boleh diubah dan diusahakan oleh tuan punya badan.

    Tidak akan berubah nasib mereka itu melainkan mereka ‘merajinkan’ diri mengusahakannya pula.

    Pakar Psikologi kebelakangan ini setuju bahawa tidak ada orang yang boleh dipanggil genius secara total.

    Genius pada bidang Muzik tidak boleh dibandingkan dengan genius pada bidang Matematik.

    Genius pada bidang Matematik tidak boleh secara total digelar genius, dan yang selainnya secara langsung digelar tidak genius.

    Perbandingan yang ‘zalim’.

    Zarina pandai memasak. Zulaikha tidak pandai memasak.

    Tidak. Bukan begitu.

    Zarina pandai memasak. Zulaikha pandai menjahit!

    POTENSI DIRI

    Setiap insan itu sudah diciptakan dengan kebolehan yang berbeza-beza. Semua itu ketetapan yang Esa. Tidak hairan timbul rasa iri antara sesama, lantaran kurniaan Yang Maha Kuasa itu.

    Iri hati itu tidak ada gunanya, yang paling berfaedah adalah mencari potensi diri untuk ditundukkan ke jalan Tuhan.

    Melihat kelebihan insan lain jangan menjadikan anda ‘buta’ dengan kurniaan Allah kepada anda. Rupa-rupanya selama ini anda lalai memuncungkan bibir pada potensi orang lain, hinggakan anda terlepas pandang pada ‘emas’ di genggaman anda.

    Kenali potensi diri, pilih lapangan dan ikhlaslah berbakti. Di situlah jelas nyata keadilan Yang Esa, pada ikhlas atau tidak hambaNya atas tiap nikmat yang dikurnia. Bukannya pada kecil besar atau sedikit banyaknya usaha.

    Jangan kecewa dan berputus asa pada kekurangan diri, itulah rahmat Ilahi yang mesti diperhati. Bahawa kita penuh dengan kecacatan. Kecacatan yang membahagiakan. Kecacatan yang mengingatkan kita bahawa kita sekadar hamba. Kecacatan yang menjadi cermin bahawa hanya Allah sahaja yang sempurna.

    Kesempurnaan itu milik Allah semata. Janganlah berteman kalau ingin mencari yang sempurna.


    Apabila kita ingin berteman,

    Janganlah kerana kelebihannya,

    Kerana mungkin dengan satu kelemahan,

    Kita mungkin akan menjauhinya.... Andai kita ingin berteman,

    Janganlah kerana kebaikannya,

    Kerana mungkin dengan satu keburukan,

    Kita akan membencinya.... Andai kita inginkan sahabat yang satu,

    Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu,

    Kita mungkin akan memfitnahnya.... Andai kita inginkan seorang teman,

    Janganlah kerana sifat cerianya,

    Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,

    Kita mungkin akan menyalahkannya.... Andai kita ingin bersahabat,

    Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat,

    Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna,

    Kerana kita juga tidak sempurna........


    Maha Suci Allah Tuhan kami yang sempurna. Yang Mengampunkan kami andai terlupa. Yang menerima kami kembali padahal kami penuh cacat cela. Yang Mengasihani kami padahal kami sering berbuat dosa.

    Terimalah diri anda seadanya.

    Yakinlah bahawa anda istimewa dengan kecacatan anda itu, yang mengingatkan anda betapa sempurnanya pula pencipta.

    Maha Suci Allah…

    Read More...

    ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI.....

    Blog Widget by LinkWithin
     

    Followers