DEMI MASA...


WATERSHOP - PEKAN

WATERSHOP - NENASI

DELIVERY 5 GELEN.....

ESAY PAYMENT....

SPENT98

WATERSHOP - MERCHONG, NENASI

HARGA-HARGA TERKINI.

  • HARGA FIBER TERKINI
  • ___________________
  • RM 780 HARGA TERMASUK PEMASANGAN
  • ___________________
  • Thursday, July 30, 2009

    IKLAN PETRONAS MENYAYAT HATI.......

    Read More...

    Thursday, July 23, 2009

    AIR BERSIH BADAN SIHAT.....



    Air bersih badan sihat



    Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
    Foto MOHD NOOR AMIN

    Air menjadi komoditi lebih berharga daripada minyak di beberapa negara terutamanya di Afrika dan Timur Tengah.
    SETIAP hari kita disarankan mengambil antara lapan hingga 10 gelas air. Jumlah ini amat penting memandangkan 70 peratus daripada keseluruhan tubuh manusia terdiri daripada air. Air secukupnya diperlukan bagi menyahtoksik dalam badan, melincirkan sendi dalam sistem kerangka, menyokong sistem dan organ pencernaan, mengawal suhu badan dan menghantar nutrien serta oksigen ke sel-sel badan.
    Namun, adakah kita benar-benar mematuhi saranan ini dan yakinkah kita bahawa air yang diminum setiap hari mampu menjalankan tanggungjawab yang disebut?
    Pakar Air Bertauliah dari Persatuan Kualiti Air (WQA) dan perunding Elken Bio Pure, Michael Robert Long berkata, setiap lima hingga 13 hari, air di dalam keseluruhan badan kita akan diperbaharui
    "Jika air yang meliputi 70 peratus badan kita adalah bersih, maka sel badan akan mempunyai persekitaran sihat dan segar," katanya.
    Menurutnya, air yang bersih dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, menggalakkan metabolisme sel, mengurangkan risiko pertumbuhan sel-sel abnormal, menghalang penyebaran toksin dan mengurangkan risiko mendapat penyakit.
    "Selain air yang kita minum, pelbagai lagi bendasing termasuk yang tidak baik terkandung di dalamnya. Saya tidak mahu benda lain, saya hanya mahukan air," ujar Long.
    Beliau menjelaskan, air yang kita minum hari ini semakin tidak selamat kerana beberapa faktor. Antaranya pencemaran sumber air dan juga proses pengklorinan bagi menghasilkan air bersih yang disalurkan ke paip setiap rumah. Bahan kimia yang terbentuk ketika pengklorinan, menurut satu kajian yang pernah dijalankan, sangat berkait rapat dengan kecacatan bayi ketika lahir.
    Kata Long lagi, pengklorinan dan penapisan mekanikal tidak menghilangkan arsenik daripada air. Malah, merebus air boleh meningkatkan kandungannya lagi. Arsenik dalam minuman boleh mengundang risiko kanser dan penyakit paru-paru.
    "Kerana itu kita perlu memastikan air yang diminum dirawat dengan sepatutnya seperti menggunakan kaedah osmosis songsang yang terdapat pada penapis air tertentu," katanya lagi.
    Ketahui banyak lagi fakta menarik mengenai air dengan mengunjungi Ekspo Pendidikan Air Elken H20: Tahukah Anda… Misi Penerokaan!
    Dianjurkan oleh Elken Bio Pure, ekspo air pertama seumpamanya di Malaysia ini dibuka kepada orang ramai secara percuma sejak 23 Mei lalu hingga 16 Ogos ini. Ia diadakan di Pusat Konvensyen Elken di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
    Penganjuran ekspo itu bukan hanya bertujuan mewujudkan kesedaran tentang kepentingan air. Pada masa yang sama, ia mendidik pelawat mengenai kandungan mikro organisma dalam air yang tidak dirawat dan pelbagai cara merawat air.
    "Satu ketika dahulu, kita semua tidak menghargai bekalan air yang terdapat dalam kuantiti yang banyak di muka bumi ini. Tetapi hari ini, air dikhuatiri semakin menjadi satu komoditi penting dan mungkin akan diletakkan pada harga yang tinggi atau lebih tinggi daripada petroleum," ujar Long.
    Menurutnya, air adalah salah satu sumber yang paling bernilai di dunia tetapi sayangnya kita terus mengeksploitasikannya.
    "Banyak yang telah diperkatakan dan ditulis tentang air. Namun kebanyakan daripada kita kurang menghargainya," katanya.
    Menurutnya, tidak ramai yang sedar bahawa banyak lagi fakta tentang air yang tidak diketahui orang.
    Justeru, katanya, ekspo itu bukan sahaja bersifat mendidik tetapi juga inovatif dan menyeronokkan kerana pihak penganjur akan membawa pengunjung melalui suatu perjalanan sejarah, geografi dan sains tentang air.
    "Ia juga akan memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang air, kepentingannya pada kesihatan dan bagaimana kita boleh memainkan peranan yang penting dalam memelihara komoditi berharga ini," kata Long.
    Katanya lagi, sama ada orang dewasa ataupun kanak-kanak pasti terpesona menyaksikan "ensiklopedia air sebenar" yang menawarkan pengalaman deria dan perjalanan yang menyeronokkan kepada pengunjung.
    Beliau menjelaskan, perjalanan itu bermula dengan pandangan dari udara ke atas sistem solar dan keunikan planet biru kita.
    Daripada ketakjuban sistem planet, Long berkata, perjalanan ilmu itu diteruskan ke padang pasir atau kawasan gurun yang hampir-hampir tiada air, kemudian beralih pula ke suatu tempat ekstrem di mana air terkunci di dalam bongkah-bongkah ais dan glasier.
    Pengunjung kemudian akan memasuki alam lautan dan meneroka fakta luar biasa tentang hidupan laut sambil mencari-cari makhluk aneh yang tersembunyi dari mata kasar.
    Penerokaan seterusnya akan membawa pengunjung ke sumber air bumi dan memahami mengapa air begitu banyak, tetapi air yang boleh digunakan pula terlalu sedikit.
    "Jangan lupa mencuba replika skru Archimedes iaitu peralatan orang zaman purba mengepam air," katanya.
    Selain itu, melalui ekspo ini anda juga akan mempelajari bagaimana untuk menjimatkan sumber berharga ini. Dan, jangan lupa menandatangani perjanjian untuk menjimatkan penggunaan air setiap hari bersama ribuan pengunjung lain di dinding yang disediakan.
    Pengunjung juga dapat menyaksikan pameran oleh Yayasan Hidupan Liar Dunia (WWF) dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan yang turut serta sebagai penganjur bersama ekspo air pada kali ini.
    Ekspo ini dibuka pada pukul 2 petang hingga 8 malam dari Isnin hingga Jumaat manakala pukul 10 pagi hingga 8 malam pada Sabtu dan Ahad. Masuk adalah percuma. Untuk keterangan lanjut, sila layari http://www.whatsh2o.com/.





    Fakta menarik mengenai air



    l Seekor gajah dapat mengesan air sejauh tiga batu. Gajah dapat menyedut sebanyak dua gelen (7.5 liter) air ke dalam belalai setiap kali minum.



    l Beruang koala tidak minum air, kerana daun eucalyptus yang dimakannya membekalkan air secukupnya.



    l Tikus kanggaru mahir hidup di kawasan gurun. Tikus ini minum sedikit air atau tidak minum langsung tetapi bergantung pada air yang dimetaboliskan daripada bijian yang dimakannya.



    l Seekor zirafah boleh berjalan lebih lama tanpa air berbanding seekor unta. Ini kerana ia menyimpan tenaga sehingga tidak mudah berasa dahaga.


    Read More...

    BERMULANYA DI SINI....

    BEGINILAH AKU DAHULU ...
    BERMULANYA
    DI SINI...
    DI SINI...
    MUNDAR MANDIR ...
    KE HULU...
    KE HILIR...

    AIR...
    REPAIR...
    AIR...
    REPAIR...
    SIAPA PUN TIDAK PEDULI...
    TAPI AKU YAKIN ...
    MANUSIA PERLUKAN AIR..
    AIR...
    AIR..
    AIR...
    Read More...

    Monday, July 20, 2009

    BERPUASA DI BULAN REJAB.........

    Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa.



    Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:


    Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta
    syurga tertinggi.

    Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandak
    pahalanya.

    Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang
    yang menghalangnya ke neraka,

    Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

    Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

    Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

    Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

    Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

    Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak

    ditolak dia dari memasuki syurga.

    Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya,

    dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap

    satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di

    titian Siratul Mustaqim.

    Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

    Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000
    tahun.

    Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping
    menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan.
    Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa
    100,000 tahun.


    Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama
    menziarahi Allah di dalam syurga.


    Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim
    dan Nabi Allah Adam.



    Puasa 20 hari -
    Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan
    amalan baik dengan baki umurnya. Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.


    Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji. Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.


    Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

    Kelebihan lain bulan Rejab:

    Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

    Rejab adalah bulan taubat,

    Sya'aban bulan muhibbah manakala ,

    Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala. Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab: Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain. Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab: Israk dan Mikraj (27 Rejab) Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj) Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah. Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT: "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah Al Israa': 1)

    DOA BULAN REJAB:

    "Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah." Istighfar paling baik dalam bulan Rejab: Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."


    Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya. Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.
    Read More...

    Thursday, July 16, 2009

    TAWARAN HEBAT

    ..... JUALAN HEBAT ......


    .... BIO-ENERGY ....

    .... FIBER FILTER ....





    Read More...

    Wednesday, July 15, 2009

    Nikmatilah Kesegarannya........

    VIDEO-VIDEO.....

    VIDEO 3

    VIDEO 4

    VIDEO 5

    VIDEO 6

    Read More...

    Tuesday, July 14, 2009

    VIDEO TERKINI.....

    VIDEO 1

    VIDEO 2

    Read More...

    Nikmatilah Kesegarannya........

    FASA 5



































    Read More...

    Wednesday, July 8, 2009

    RAMAINYA..........YA ALLAH ......SUBAHANALLAH....

    " AL KAUTHAR "



    FASA 4





    AIR
    MINUMAN
    PERCUMA
    DATANG LAH
    MINUM LAH
    AIR YANG BERSH






    KAMI
    DI AMANAHKAN
    UNTUK
    MENYEDIAKAN
    AIR
    MINUMAN YANG BERSIH
    " REVERSE OSMOSIS "



















    " MESYUARAT "


    AMANAT PENTING







    JEMAAH

    SOLAT












    JAGA KESIHATAN
    DAN
    MINUMAN AIR YANG
    " BERSIH "
    " AL - KAUTHAR "
    ' NIKAMATILAH KESEGARANNYA '
    Read More...

    Tuesday, July 7, 2009

    JEMAAH BERTAMBAH RAMAI.....

    "AL - KAUTHAR "
    FASA 3















































    Read More...

    ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI.....

    Blog Widget by LinkWithin
     

    Followers